Sunday, December 20, 2009

Bengkel Penulisan Ekspres Zamri Mohamad

Berbekalkan semangat dan minat, aku nekad mengumpul kudrat menghadiri Bengkel Penulisan anjuran Tuan Zamri Mohamad di Wangsa Melawati seawal jam 10 pagi tadi, meskipun hanya 2 jam sahaja tidur kerana cuba menyediakan kertas cadangan bagi tujuan latihan semasa bengkel.

Topik yang dibentangkan oleh Tuan Zamri Mohamad pada bengkel pagi tadi berdasarkan kehendak peserta yang terdiri daripada Tuan Mohd Shukri Abdul Rahman, Cik Siti Natrah dan aku sendiri. Perkara yang dibongkarkan adalah seperti berikut:

1) Perkongsian pengalaman Tuan Zamri Mohamad dalam dunia penulisan
2) Penggunaan media baru dalam penyelidikan pasaran
3) Kaedah KJ dalam penulisan buku non-fiction
4) Tip menyediakan kertas cadangan bagi penerbitan buku
5) Penyusunan isi kandungan buku dan prosesnya
6) Buku fiksyen dan potensinya

Bengkel ekspres 5 jam tanpa henti ini sesungguhnya membuka helaian baru dalam dunia penulisan bagi kami bakal penulis. Ia cukup padat, result-oriented dan berkesan. Aku tidak sabar menanti bengkel yang seterusnya dengan topik yang menjurus pada kempen mempromosikan buku.


Siapa Tuan Zamri Mohamad?
Sumber dipetik daripada http://kursuspenulisan.zamrimohamad.com

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zamri Mohamad juga penulis 13 buah buku yang mendapat perhatian rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Buku-buku beliau juga memasuki 20 buah perpustakaan komuniti di negara Singapura.


0 comments: