Saturday, September 5, 2009

Zunar & 'Gedung Kartun'nya

Kali terakhir aku berjumpa Zunar adalah pada 15 April 2008 semasa Persidangan PeKOMIK, dan kali ini aku bertemu beliau atas jemputannya berkaitan hal ehwal kartun.

Dalam pertemuan yang serba ringkas di pejabatnya di Brickfields itu, aku bersempatan bertemu konco2 Zunar. Antara lain ialah Jonos, Ronasina dan Enot yang turut terlibat dalam pembikinan majalah jenaka alternatif, Gedung Kartun. Tentu sekali, selain daripada kami bersembang pasal topik pemasaran & promosi kartun, aku juga amat berminat mendapat cerita daripada empunya badan berkaitan insiden rampasan majalah Gedung Kartun seperti yang dilaporkan di media maya baru-baru ini.

Khabarnya majalah terbitan sulungnya itu telah dirampas oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas sebab tiada permit penerbitan yang sah. Aku yang juga terlibat secara langsung dalam urusan penerbitan di tempat kerja, memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. Apatah lagi, selepas mengamati isi kandungan majalah Gedung Kartun itu, tentu sekali berasa amat kesal dan simpati atas kejadian tersebut. Apa pun, aku beranggapan kejadian ini secara tidak langsung telah memberi promosi pemasaran yang bernilai paling tidak ratusan ribu ringgit kepada majalah terbabit. Apa lagi, khalayak kita amat gemar benda-benda yang diharamkan atau pun yang sewaktu dengannya. Tentu ramai yang nak beli. Malah aku sendiri mencari di kedai... sayangnya tak jumpa! :(

Aku mula mengenali Zunar secara dekat semasa zaman kegemilangan majalah Gila-Gila suatu ketika dulu melalui kartunnya berjudul Gebang-Gebang, Ofis Korner dan Liza - Cinta Tak Semestinya Bersatu. Sepanjang bekerja dengan Zunar pada sekitar tahun 1996-97 di majalah Rileks dulu, dia yang aku kenali ini, amat kreatif dan sering memberi idea yang ringkas tapi tajam & bernas.

Dalam keluaran sulung majalah Gedung Kartun itu, selaku penerbit dan ketua editor, Zunar bersama-sama konco2nya memaparkan kartun ringkas tapi padat berkaitan isu kelemahan SPRM (mengikut Kamus Konco, ia bermaksud Seterunya Pakatan Rakyat Malaysia), skandal PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, demonstrasi anti-ISA, isu kerajaan perpaduan, merdeka dan PPSMI.

Gedung Kartun turut memuatkan puisi berbisa A. Samad Said yang berjudul Peludah Bahasa, di samping artikel tulisan Pyanhabib berkenaan PPSMI, dan cerpen karya Nazri M. Annuar.

Semasa di pejabat Zunar, kelihatan kakitangan produksi sedang sibuk dalam persiapan untuk isu yang kedua. Apapun, dalam keluaran pertamanya, yang paling aku minat ialah karya Jonos berjudul Dol Kerepek pasal One Malaysia. Manakala karya empat halaman yang berjudul Siapa Bunuh Beng Hock oleh Dol Kerepek, aku menjangka ia bakal mengundang kontroversi dan provokasi. Aku doakan kalian kuatkan semangat dan banyak bersabar!

Saturday, August 22, 2009

Berbuka Puasa dengan Pelakon Watie

Imej ini menggambarkan aku sedang menikmati juadah dengan pelakon Watie Sadali tatkala matahari hampir terbenam ke ufuk barat. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang melalui corong radio. Saat itu juga umat Islam yang berpuasa rata-ratanya sedang menjamu selera. Aku dan Watie sedang berborak sambil melayan jamuan yang lazat-lazat... sup tom yam campur, sup ekor, sayur kailan, telur mata kerbau dan yang wajib bagi aku ialah sambal belacan berulamkan timun.... Emm, sedap!

Ya... itu satu realiti. Aku sedang berbuka puasa dengan pelakon Watie! Tetapi realiti itu hanya berlaku dalam babak drama Nur Ar-Rahman yang dirakamkan untuk tayangan umum di TV2, 18 September, 12:30 tengah hari. Khabarnya sudut rakaman babak ini dan hasil seninya sangat memuaskan. Apa pun, sila tonton dan nilailah sendiri.

Friday, August 21, 2009

Yang Ditunggu Bakal Menjelma...



Saat yang ditunggu selama berbulan lamanya akan tiba sempena kedatangan bulan Ramadhan ini. Maksud aku adalah penantian drama sulungku dengan produksi RTM yang akan ditayangkan di TV2 pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari.

Telemovie ini berjudul Nur Ar-Rahman. Aku diberi kepercayaan oleh Kamal Ishak selaku penulis skrip untuk memegang watak Rahim Lee. Drama yang menampilkan Hishamuddin Ahmad sebagai pelakon utama ini diarah oleh Asri Alias yang juga membariskan Watie Sadali dan Corinne Adrienne sebagai pelakon pembantu. Jenguk blog drama ini di sini untuk mendapatkan sedikit info berkaitan drama tersebut.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Kepada rakan-rakanku yang beragama Islam, salam Ramadhan diucapkan dan selamat berpuasa khususnya kepada yang berpuasa (hehehe... jangan ponteng ya). Agar ketibaan bulan yang mulia ini terus memberi semangat kepada kita menjalankan tanggungjawab harian dan rutin tanpa halangan dan rintangan.

Sebelum Syawal menjelma aku terlebih dahulu nak mohon AMPUN DAN MAAF, jika ada terkasar bahasa tersasul tingkah, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Sempena kedatangan Ramadhan ni juga, aku nak buat pesanan penaja sikit. Kalau ada kelapangan tu, jemputlah tonton TV2, 18 September ni, 12:30 tengah hari, RTM mempersembahkan telemovie bertajuk Nur Ar-Rahman. Apa yang istimewa sangat drama ni? Jenguklah blog ni.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina dan dapat berpuasa sebulan dan beramal soleh sepanjang bulan mulia nanti. Moga sambutan Syawal mendatang, akan dapat merapatkan jurang, mengakrabkan jalinan dan melebarkan jaringan.


Kredit grafik kepada SpaceMaggot di http://spacemaggot.deviantart.com/art/ramadhan-al-mubarak-24087022

Saturday, August 8, 2009

Resipi Majalah SEDAP Sambut Aidilfitri

Bagi umat Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan bagi menjalankan kewajipan berpuasa bagi yang akil baligh dan sihat. Masih tinggal kurang dua minggu lagi umat Islam akan berpuasa. Tetapi, di majalah SEDAP, keluaran terkini yang baru hari ini memasuki pasaran memaparkan tema Aidilfitri. Advance tu!

Isu lepas memaparkan resipi-resipi sempena bulan Ramadhan. Jadi isu kali ini, bilangan #15 menghidangkan sajian istimewa bagi persediaan Aidilfitri pula.

Secara kasar, majalah SEDAP kali ini menyediakan hampir 90 jenis resipi untuk dicuba. Hampir 40 sajian dianggap sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa sempena Aidilfitri. Sesungguhnya wajib dicuba kepada mereka yang ingin mencari sedikit kelainan bagi menjamu selera para tetamu tatkala raya nanti. Dengan variasi masakan yang digandingkan dengan ketupat dan tanpa ketupat, aneka kuih lazat, minuman segar dan puding lembut... satu kombinasi menu yang pasti menambat selera dan mempesonakan para tetamu dengan kelainan yang tuan rumah sediakan.

Satu lagi yang istimewanya keluaran kali ini... harga yang ditawarkan tetap RM5.50, seperti keluaran-keluaran sebelum ini. Berlainan sekali dengan lambakan majalah lain dalam pasaran yang mengambil kesempatan hari berperistiwa untuk meningkatkan harga, meskipun kandungannya turut ditambah.

Oh ya... bagi mereka yang masih mencari-cari resipi atau eBook pasal resipi, anda dialu-alu menjadi ahli di grup Resipi SEDAP di Facebook. Ada banyak tip dan eBook PERCUMA dikongsi di kalangan ahli grup.

Wednesday, August 5, 2009

Calling to Newbies – Step by Step Course on Internet Marketing

If you are not a tech savvy and wish to set up a internet business, you will want to check out my friend, Vincent Cheng’s 2-day internet marketing course namely Sales 2.0 Marketing 2.0 Training Seminar for an extremely reasonable cost (I think he is practically giving this away!).

Personally, I wouldn’t call it as a seminar. It’s a hands-on practical training. It designed especially to those who know less about IT and the best of all, you would be able to refresh your lesson for FREE (yes, no kidding, for FREE) after attending this 2-day course. I have attended on 25 & 26 July and would be attending another session to recap what I may have missed out on this coming Sunday.

If you have been wanting to set up a website for online business and wonder how to generate leads using social media especially Facebook, and just needed a concise step-by-step tutorial and still not sure if the course is perfectly for you... I highly recommend you to witness it yourself to the preview a.k.a 2-hour Facebook Revolution Makerting Workshop on every Wednesday night 7:30pm. Did I tell you it’s FREE? Well, if you walk-in to the workshop, you need to pay RM50. If you register and pay online, RM30. If you mention my name, it is FOC! The options are there, the choice is yours!

Saturday, July 25, 2009

Program Latihan Sales 2.0 Marketing 2.0 - Revolusi Facebook

Waktu berdetik deras berlalu. Pejam celik sebulan dah lalu. Tak ada satu pun entri baru sejak bulan lepas hingga sekarang.

Bukan tak ada cerita. Tapi banyak sangat komitmen yang aku galas kebelakangan ini. Banyak sangat perkara yang aku nak capai. Masih banyak yang perlu dipelajari. Antara yang terbaru ialah mempelajari Sales 2.0 Marketing 2.0!

Selepas menyertai forum National Web 2.0 di Expo SME Solutions di Mid Valley baru-baru ini, aku tergerak hati nak dalami lagi fenomena 2.0 ni.

Apa kejadah terma 2.0 ni? Web 2.0? Sales 2.0? Marketing 2.0?

Ketepikan istilah 2.0 tu. Fahamkan istilah asasnya dulu. Apa itu web, sales dan marketing? Bila dah faham istilah-istilah asas ni, jadi ia lebih mudah untuk kita memahami web 2.0, sales 2.0 dan marketing 2.0 .

Jika web berupaya untuk kita berkomunikasi melalui alam maya, maka web 2.0 adalah versi yang dikemaskini. Yang lebih gah! Definasi yang memperlihatkan aku ni seolah-olah hebat (konon) lebih kurang gini...
Web 2.0 merupakan satu versi baru internet yang merujuk kepada generasi kedua pembangunan jaringan dan reka bentuk untuk memudahkan komunikasi, interaksi, perkongsian maklumat secara selamat, saling boleh kendali, dan kerjasama pada jaringan sejagat. Konsep web 2.0 telah membawa kepada pembangunan dan evolusi komuniti jaringan, perkhidmatan hosting dan aplikasi seperti laman rangkaian sosial, laman perkongsian video, wiki, blog dan sebagainya.
Ekoran daripada itu, maka hari ni... lebih tepat lagi adalah sejak jam 9 pagi tadi, aku berkurung di bilik latihan di Taman Desa, Kuala Lumpur memperlajari teknik-teknik Sales & Marketing dengan menggunakan kemudahan-kemudahan aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook, YouTube, Google, Delicious.com, blog, PodCasting dan mak oiii... banyak lagi!

Pembelajaran yang berterusan dari 9:30 pagi hingga 6 petang yang dihidangkan dengan adunan maklumat dan intipati terma yang baru dan segar bagi aku, sesungguhnya memenatkan otak... dan ia memberi pulangan nilai yang berbaloi! Nak tahu apa yang aku belajar hari ni... jenguk laman ini.

Oh ya... esok aku masih ada satu sesi lagi. Ini yang best! Hari ini banyak persembahan teori dengan contoh-contoh praktikal, tapi esok peserta bakal mengaplikasikan apa yang dipelajari secara hand-ons.