Reggie Lee (atas) dan Kerengge (bawah) berkongsi pengalaman mereka dalam salah satu acara.
Hadirin dari pelbagai kaum berkumpul menghadiri setiap sesi dengan penuh khusyuk.
Berjumpa kembali rakan-rakan kartunis seperti Datuk Lat, Zunar, Ambo, Kerengge, Tazidi, Roslim… menunjukkan dunia seni kartun adalah amat kecil. Pi mai pi mai, mesti jumpa rakan taulan seangkatan meski dah lama tak jumpa. Kalau tak silap, kali terakhir bersua dengan mereka ini sekitar akhir 90an. Wow! La ni dah 2008. Dah hampir seabad!
Medan persidangan anjuran PeKOMIK ini telah aku jadikan tapak untuk melestarikan persahabatan yang kian renggang ekoran komitmen tugasan harian. Maklumlah, walaupun aku kini berkecimpung dalam bidang penerbitan, untuk kembali bersua mereka secara berasingan adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Masing-masing sibuk dengan rutin kerja. Dengan perjumpaan seumpama inilah, maka kami berpeluang berinteraksi dan mengemaskini contact masing-masing.
Tazidi Yusof yang kukenali sekitar awal tahun 90an masa kat Gila-Gila dulu, kini dah bergelar Event Director kat MIRSB Services Sdn Bhd. Beliau juga selaku Presiden Pekartun menggantikan Tuan Haji Zainal Buang Hussian.
Antara kelibat mereka yang turut kelihatan pada hari tersebut ialah geng kartunis dari Gempak, Starz, KLP dan individu seperti Tan Eng Huat, Imuda, Gayo dan ramai lagi generasi baru yang hanya kukenali nama tapi bukan rupa mereka.
Sekalung tahniah buat PeKOMIK, khususnya Azhar Abdullah. You have done a great job, bro!
2 comments:
Salam,
Wah,nama-nama kartunis yang disebutkan tu memang melekat di hati!Saya membesar dengan karya-karya mereka.Macam penulis jugalah,kartunis orang kenal melalui karya.Bukan senang nak tengok muka.Except for Datuk Lat?Hehe...
wahh..
bestnyer seisi bergambar..
thanks fr coming abg Harlym...
sori x dapat nak sit dwn n have a chat..bz
saya perlu byk belajar ngan abg harlym..on pekartun n handling a persatuan..
hope we can meet again..
minum teh n plan smthng fr PeKOMIK dan Pekartun
kalu free..drop by my blog
Post a Comment