Saturday, July 25, 2009

Program Latihan Sales 2.0 Marketing 2.0 - Revolusi Facebook

Waktu berdetik deras berlalu. Pejam celik sebulan dah lalu. Tak ada satu pun entri baru sejak bulan lepas hingga sekarang.

Bukan tak ada cerita. Tapi banyak sangat komitmen yang aku galas kebelakangan ini. Banyak sangat perkara yang aku nak capai. Masih banyak yang perlu dipelajari. Antara yang terbaru ialah mempelajari Sales 2.0 Marketing 2.0!

Selepas menyertai forum National Web 2.0 di Expo SME Solutions di Mid Valley baru-baru ini, aku tergerak hati nak dalami lagi fenomena 2.0 ni.

Apa kejadah terma 2.0 ni? Web 2.0? Sales 2.0? Marketing 2.0?

Ketepikan istilah 2.0 tu. Fahamkan istilah asasnya dulu. Apa itu web, sales dan marketing? Bila dah faham istilah-istilah asas ni, jadi ia lebih mudah untuk kita memahami web 2.0, sales 2.0 dan marketing 2.0 .

Jika web berupaya untuk kita berkomunikasi melalui alam maya, maka web 2.0 adalah versi yang dikemaskini. Yang lebih gah! Definasi yang memperlihatkan aku ni seolah-olah hebat (konon) lebih kurang gini...
Web 2.0 merupakan satu versi baru internet yang merujuk kepada generasi kedua pembangunan jaringan dan reka bentuk untuk memudahkan komunikasi, interaksi, perkongsian maklumat secara selamat, saling boleh kendali, dan kerjasama pada jaringan sejagat. Konsep web 2.0 telah membawa kepada pembangunan dan evolusi komuniti jaringan, perkhidmatan hosting dan aplikasi seperti laman rangkaian sosial, laman perkongsian video, wiki, blog dan sebagainya.
Ekoran daripada itu, maka hari ni... lebih tepat lagi adalah sejak jam 9 pagi tadi, aku berkurung di bilik latihan di Taman Desa, Kuala Lumpur memperlajari teknik-teknik Sales & Marketing dengan menggunakan kemudahan-kemudahan aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook, YouTube, Google, Delicious.com, blog, PodCasting dan mak oiii... banyak lagi!

Pembelajaran yang berterusan dari 9:30 pagi hingga 6 petang yang dihidangkan dengan adunan maklumat dan intipati terma yang baru dan segar bagi aku, sesungguhnya memenatkan otak... dan ia memberi pulangan nilai yang berbaloi! Nak tahu apa yang aku belajar hari ni... jenguk laman ini.

Oh ya... esok aku masih ada satu sesi lagi. Ini yang best! Hari ini banyak persembahan teori dengan contoh-contoh praktikal, tapi esok peserta bakal mengaplikasikan apa yang dipelajari secara hand-ons.