Thursday, November 27, 2008

Free Fonts for Download


The Pack contains various Fonts, Icons, Buttons. Almost around 2000 Fonts + 10000 Icons & 20000 Buttons which can be used for making sites, AIO's, etc...





All fonts of presidency of Mexico 3.1 MB

Download from:

Tuesday, November 18, 2008

Test Drive G1 di Taman Burung

29 Oktober 2008, Rabu - Panasonic memperkenalkan DSLR bersaiz kompak kepada media di Taman Burung, Kuala Lumpur.

Acara yang memakan masa setengah hari ini juga memadatkan jadual harian yang sedia padat. Mulai jam 1:45 petang kami bertolak dari pejabat Panasonic di Petaling Jaya ke Taman Burung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.





Inilah dia gambar kenangan wakil media yang dijemput yang sempat dirakamkan di pintu masuk Taman Burung sebelum bertolak pulang pada jam 6 petang.

Test Drive MP3 dalam Cruise Putrajaya

23 Oktober 2008, Khamis - pelancaran MP3 Philips di Putrajaya dari jam 5:00 hingga 8:30 malam memadatkan rutin ku hari tu.

Dari pejabat aku bergegas ke pejabat Philips di Petaling Jaya untuk berkumpul dan bertolak bersama dengan kenderaan yang telah disediakan. Kalau tidak, aku bercadang untuk memandu sendiri. Emmm... tapi memandangkan petrol bukan boleh dibeli dengan air liur, aku memadamkan hasrat itu. Lagi pun aku ni manusia yang sayangkan alam (atau sayangkan duit, lebih tepat).

Seperti biasalah, orang kuat Philips, siapa lagi kalau bukan Eddie menunjukkan simbol bagus semasa pelancaran MP3 Philips di atas Cruise Putrajaya.

Setelah perut kami diisi dengan makanan yang sedap-sedap, teliga kami pula diuji dengan mata ditutup supaya mendengar sendiri kesan audio yang power gila oleh alat MP3 Philips. Memang power - kalah pesaing-pasaing terdekat seperti Samsung dan iPod!

Part ni paling kugemari bila menghadiri acara Philips. Mesti ada sesuatu untuk kubawa pulang - memori indah!

Bersama rakan media dari Utusan Malaysia, Yasir, kami memenangi sebuah Micro Hi-Fi System yang bernilai empat ratus lebih. "Rezeki kitalah, Yasir!"

Terima kasih Philips!

Monday, November 17, 2008

Rindu VS Jemu

Sebulan? Oh tidak! Lebih daripada sebulan aku tidak mencoret di alam maya ini. Sebelum jejari menjadi kaku; sebelum lidah menjadi kelu; sebelum rindu menjadi jemu, baik aku coretkan sesuatu.

Aku mulakan coretan pada malam ini... emmm... tengah malam ini. Coretan membabitkan acara-acara pelancaran produk yang aku turut menjadi saksi pada bulan lepas.

07 Oktober 2008, Selasa - Canon melancarkan 38 jenis produk


07 Oktober 2008,
Selasa - Palancaran Headphone SONY



09 Oktober 2008,
Khamis - Panasonic melancarkan Kempen Eco Ideas di Mid Valley


10 Oktober 2008,
Jumaat - Porsche melancarkan kereta model 911 Carrera


13 Oktober 2008,
Isnin - Samsung melancarkan LCD untuk profesional



13 Oktober 2008,
Isnin - ASUS melancarkan notebook model N Series dan PDA baru



17 Oktober 2008,
Jumaat - Mazda melancarkan kereta model RX-8


20 Oktober 2008, Isnin - Suzuki melancarkan kereta model Vitara baru.


Gambar & berita tentang acara & aktiviti lain akan menyusur kelak. Kembali selepas ini.

[Berita selanjutnya: 23 Oktober 2008 & 29 Oktober 2008]

Saturday, November 1, 2008

100 Incredibly Useful Web Sites in PC World Mag Nov '08

PC World Mgazine November 2008
PDF | 148pages | English | 24mb(rar)

download link:
http://w13.easy-share.com/1701948891.html
OR:
http://depositfiles.com/files/8688631

Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidilfitri

Dulu-dulu kita sering menghantar kad ucapan bila tiba musim perayaan. Sekarang nampaknya tradisi menghantar kad semakin terhakis dek kemudahan teknologi seperti MMS, SMS dan e-mel. Ramai yang tak main hantar-hantar kad lagi. Kalau ada pun, mungkin kerana tuntutan korporat saja. Walau bagaimana pun, ia tetap menyumbang kepada matlamat yang sama, iaitu mengeratkan silaturahim antara insan atau organisasi.

Sejak wujudnya kemudahan teknologi ni, aku jarang menghantar kad raya kepada kekawan. Ikhlas cakap, hantar sms lebih cepat, berhemat dan berjimat! Seawal jam 8 pagi tadi, aku telah menghantar lebih 50 sms kepada kekawan terutamanya yang jarang bertemu. SMS tersebut berbunyi begini:

Salam Aidilfitri kulayangkan.
Maaf zahir batin bukan sekadar slogan tahunan.
Kujadikan ia sebagai ucapan penuh keikhlasan.
Agar silaturahim antara kita akrab berkekalan.


Ramai yang tidak balas. Tapi tak apa. Aku tak kecil hati. Aku faham, barangkali mereka sibuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tapi dah lebih 12 jam... masih tak terima balasan mereka. Aku tetap redha, kerana barangkali mereka sibuk melayan tetamu. Tak pun mungkin sedang khusyuk melayan siaran televisyen yang tak kurang bestnya.

Antara SMS yang kuterima dan kuanggap unik adalah seperti yang di bawah:

"Salam Aidilfitri. alhamdullillah kita berhari raya lagi. Tahun depan tidak pasti. Lantaran itu, atas keterlanjuran kata dan tindakan, dimohon kemaafan. Termakan terminum, pohon halalkan. Di usia yang berbaki ini, jalinan persaudaraan bersama kita peliharai."
Daripada Habsah Hassan

"Walau langkah tak bertemu. Tangan tak berjabat. Ucap tak terdengar. Tapi izinkanlah hati memohon maaf. Semoga syawal menjelma menyucikan rohani di sanubari. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin."
Daripada Ogy Ahmad Daud

"Selamat hari raya. Ingat, di pagi lebaran - lebarkan senyuman, bukan lebarkan badan. Maaf zahir batin."
Daripada Raihani Saaid

PC Magazine & PC World - Oct 2008 Issue


PC Magazine October 2008
PDF | English | Pages 108 | 18 MB | Free Download

PC Magazine (sometimes referred to as PC Mag) is a computer magazine that is published monthly in the United States (until 2008 it was published biweekly except in January and July) both in print and online. The magazine is published by Ziff-Davis Publishing Holdings Inc. The first edition was released in January 1982 as a monthly called PC (the "Magazine" was not added to the logo until the first major redesign in January 1986). The magazine moved to biweekly publication in 1983 after a single monthly issue swelled to more than 800 pages.

http://rapidshare.com/files/142976889/pcmag_102008.rar



PC World October 2008
PDF | English | Pages 144 | 24 MB | Free Download

PC World is a global computer magazine published monthly by IDG. It offers advice on various aspects of PCs and related items, the Internet, and other personal-technology products and services. In each publication, PC world reviews and tests hardware and software products from a variety of manufacturers, as well as other technology related devices such as still and video cameras, audio devices and televisions.

http://rapidshare.com/files/142906993/pcworld_102008.rar