Kepentingan Air
Air merupakan sumber alam yang amat berharga di dalam kehidupan, malah ia merupakan penentu kelangsungan hidup kita. Tanpa air, semua hidupan akan mati. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja, malah makanan tetapi tidak tanpa air. Oleh itu, tiada sesiapa pun yang berani mempertikaikan kepentingan air kepada mahkluk di muka bumi ini atau secara khususnya kepentingan air kepada manusia.
Air - Fakta Am
Melalui beberapa rujukan daripada laman web, aku sempat kumpul beberapa fakta am berkaitan air:
1) tubuh badan manusia terdiri lebih daripada 70% air
2) sel otak kita mengandungi 75 - 85% air
3) darah kita terdiri daripada lebih kurang 50% air
4) air dalam tubuh badan manusia diganti sepenuhnya setiap 15 hari
Jika air memainkan peranan yang penting dalam hidup kita, bagaimana pula dengan kepentingan air yang bersih terhadap manusia? Kini dengan pelancaran Philips Pure Water Dispenser di Malaysia hari ini, ketulenan air akan sentiasa terjamin. Ekoran itu, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan akulah manusia yang paling gembira atas pelancaran produk yang sekian lama ditunggu-tunggu ini....
Dulu dan Kini
Sejak water filter rosak lebih setahun yang lalu, hampir setiap dua hari, aku akan membeli air yang dijual menerusi mesin di kaki lima yang biasanya berharga 20 sen 1 liter. Berliter-liter air diisi dalam bekas untuk kegunaan seisi keluarga. Namun demikian, pada hari-hari yang mendatang, rasanya aktiviti membeli air berbotol-botol akan dihentikan. Ini semuanya kerana adanya Philips Pure Water Dispenser WP3892... yang aku dapat secara PERCUMA!
Tanpa 'restu' Jeanatte Teoh dari Philips, dispender yang berharga RM1,499 ini mungkin bukan milikku.
Kaedah Memperolehi Dispenser Philips
Philips melancarkan dua model dispenser iaitu WP3890 (Harga Sem. Malaysia: RM1,299) dan WP3892 (Harga Sem. Malaysia: RM1,499). Masing-masing memiliki reka bentuk yang comel dan anggun dengan sokongan teknologi UV (PL-S) bagi tujuan menghapuskan virus, bakteria, parasit dan ameba dalam air. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk 'dwituras' yang unik. Penuras mendapan dan karbon ini digabungkan ke dalam satu unit yang menambah baik rasa air dan menghindari kekeruhan, klorin, bahan kimia organik mudah meruap, sista dan mikroornanisma lebih besar yang terdapat dalam air.
Ia boleh didapati di kebanyakan gedung elektrik dan elektronik besar dan dijual pada harga RM1,299 hingga RM1,499.
Namun, untuk memperolehi dispenser ini secara percuma, aku harus berjaya melepasi beberapa ‘rintingan’. Antaranya:
1) menghadiri hari pelancaran produk ini (seawal 10 pagi di The Curve)
2) menunggu acara tamat dan mengharap (sambil berdoa) agar kad namaku dicabut semasa sesi cabutan bertuah (mujur ramai yang dah pulang... kalau tidak mungkin bukan rezeki aku. Jeantte telah mencabut kad namaku)
3) mengambil bahagian dalam acara permainan yang dianjurkan
4) menjadi johan dalam permainan tersebut
Rintangan
Setelah mengenalpasti tiga kumpulan peserta berduet, kami dikehendaki mengeluarkan guli kristal yang berwarna-warni yang mewakili nilai berlainan dalam bekas yang mengandungi ulat (ala Fear Factor).
Setelah permainan tamat oleh ketiga-tiga kumpulan; kumpulan pertama (kaum Adam) berjaya mengumpul 102 markah diikuti kumpulan kedua (kaum Hawa) dengan 130 markah, dan akhir sekali kumpulan kami (partner aku ialah assistant editor Life&Times dari NST, Prasanna), dinobatkan sebagai JUARA dengan markah paling tinggi iaitu 157 markah.
Yahoo!!! Tahniah kepada para pemenang, aku dan Prasanna yang masing-masing membawa pulang Philip Pure Water Dispenser WP3892! Yang tengah-tengah tu ialah Eddie Ong, Pengarah, Ketua Organisasi Jualan, Gaya Hidup Pengguna Philips.
Kesimpulan
Nasib boleh menyebelahi kita, tapi tanpa usaha yang gigih... nasib yang baik juga tidak bermakna! Rezeki bukan datang bergolek tanpa ketekunan kita. Justeru itu, jutaan terima kasih kepada partner ku yang juga bertungkus lumus untuk memenangi Philips Pure Water Dispenser. Kami sama-sama mengenepikan rasa jijak dan geli ulat-ulat yang berada antara guli dalam bekas semasa permainan.
Nasib boleh menyebelahi kita, tapi tanpa usaha yang gigih... nasib yang baik juga tidak bermakna! Rezeki bukan datang bergolek tanpa ketekunan kita. Justeru itu, jutaan terima kasih kepada partner ku yang juga bertungkus lumus untuk memenangi Philips Pure Water Dispenser. Kami sama-sama mengenepikan rasa jijak dan geli ulat-ulat yang berada antara guli dalam bekas semasa permainan.
0 comments:
Post a Comment