Monday, June 16, 2008

Keretaku

Nampaknya rutin kerja hari ni tercalar akibat kereta buat hal pagi-pagi lagi. Sepatutnya pertemuan antara rakan sekerja pada pukul 10:00 pagi di pejabat di Taman Maluri. Malangnya, 9:45 pagi aku masih lagi berada di pertengahan perjalanan di Lebuhraya Kesas Shah Alam menunggu kedatangan mekanik. Sebabnya, bateri kereta 'kong'! Ini ialah kali kedua setelah kali pertama bateri keretaku buat hal beberapa bulan lalu. Mujur masa tu ada hamba Allah yang sudi membantu 'menghidupkan' bateri. Bila dihantar ke workshop keesokan harinya, sihat pula bateri masa tu. Jadi, kali ini aku tidak teragak-agak lagi. Terus call mekanik untuk tukar saja bateri baru. Setelah menunggu hampir dua jam, keretaku yang dapat bateri baru, terus saja dapat dihidupkan tanpa banyak songeh. Maka RM195 pun selamat bertukar tangan kepada mekanik sebagai upah memberi nyawa kepada keretaku!

3 comments:

the.yellow.scorpion said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Conseiller said...

Peristwa bateri kereta ni dah 3 kali aku lalui sejak minggu lepas. Semuanya kereta kawan2 aku.Bersabarlah kerana ada rezeki menanti selepas hiba ini.InsyaAllah.

mastikus said...

sekarang ni, harga servis kereta pun tak semahal harga isi minyak untuk lima hari pergi kerja.

huhu