Thursday, September 18, 2008

Perihal Handphone Keluaran China

Yahaya menunjukkan telefon bimbit yang didakwa meletup semasa ia sedang digunakan di rumahnya di Manjung semalam.

Telefon Meletup, Nasib Tidak Buta
Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

MANJUNG - Seorang peniaga nyaris buta mata kirinya selepas telefon bimbit murah buatan China yang sedang digunakan tiba-tiba meletup di rumahnya di Kampung Sitiawan di sini semalam.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yahaya, 45, berkata, semasa kejadian pukul 3.30 petang, dia sedang bercakap dengan rakannya manakala telefon itu pula sedang dicaj.

"Selepas telefon itu habis bateri, saya yang masih berbual dengan rakan di talian cuba mengecaj semula sambil meneruskan perbualan.

"Ketika menyambung wayar pengecaj ke telefon, tiba-tiba telefon yang masih di telinga saya terasa panas sebelum saya nampak ada percikan,'' dakwa beliau.

Menurut Yahaya, beliau terus mencampak telefon tersebut yang juga mengeluarkan bunyi letupan kuat.

"Jika saya tak sempat campak, mungkin letupan itu boleh mencederakan mata saya atau muka saya sekali," kata beliau.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, dia bernasib baik kerana tidak cedera.

Yahaya berkata, telefon murah buatan China itu baru dibeli beberapa bulan lalu dengan harganya yang jauh lebih rendah berbanding telefon bimbit berjenama lain.

Jelasnya, ini masalah pertama yang dihadapinya dalam tempoh dia menggunakan telefon tersebut.

"Memang saya tahu kualitinya tidak setanding dengan telefon berjenama tetapi tidak sangka pula ia begitu bahaya,'' katanya yang serik untuk membeli telefon sama selepas ini.

Sumber daripada Kosmo


Lambakan Telefon China Tak Gugat Samsung

PENERAJU pasaran telefon bimbit terkemuka dunia, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) tidak gentar dengan lambakan telefon bimbit keluaran China yang jauh lebih murah di pasaran terutama rantau Asia Tenggara.

Naib Presiden Serantau dan Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Asia Pte Ltd, Kim Jeong-Wook, berkata pihaknya pernah melalui pengalaman sama menerusi produk lain sebelum ini.

“Oleh itu kami tidak gentar kerana yakin dengan produk kami sendiri yang pasti menjadi pilihan pengguna kerana kualiti serta khidmat sokongan disediakan kepada pengguna di seluruh dunia.

“Namun begitu, kami akui ia memang ada mendatangkan kesan negatif kepada pasaran Samsung dan keseluruhan pasaran secara amnya. Mereka pengeluar yang agak bijak kerana ada produk yang dijual memiliki reka bentuk hampir sama dengan kami,” katanya.

Menurut Kim, bagaimanapun biasanya orang tak lama bertahan dengan produk keluaran China kerana mereka tidak menyediakan khidmat lepas jualan.

“Dibandingkan dengan kami, kami sentiasa menyediakan perkhidmatan lepas jualan paling baik, selain kualiti produk yang tinggi dan sudah diperakui sejak sekian lama tidak kira ianya telefon bimbit atau produk lain,” katanya pada sidang media sempena pelancaran telefon bimbit Samsung Innov8 di Vietnam, baru-baru ini.

Samsung Innov8 ialah telefon bimbit pertama seumpamanya beroperasi atas platform sistem operasi Symbian OS dilengkapi kamera digital beresolusi lapan megapiksel.

Sumber daripada myMetro

[Cerita selanjutnya akan menyusul]

1 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Sebelum lebih banyak cerita negatif bersambungan, lebih baik kerajaan buat sesuatu. KPDNHEP, baik pergi terjah!!!