Orang kuat Proton, Pengerusinya Dato' Mohd. Nadzmi Bin Mohd. Salleh (kiri) dan Pengarah Urusannya, Dato' Haji Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir (kanan) semasa penyampaian hadiah kepada pemenang utama menamakan MPV Proton - EXORA.
Agaknya guru dari Kedah, Norsholihan Bt Abd Eanich, 29 (tengah) merupakan orang yang paling gembira kerana akan memenangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) - EXORA dari Proton Holdings Berhad, bila ia diedarkan sekitar April 2009 ini.
Beliau adalah salah seorang peserta yang berjaya daripada 251,763 penyertaan melalui peraduan menamakan MPV nasional pertama yang dianjurkan awal tahun ini. Kemenangan Norsholihan yang akan membawa pulang MPV bernilai lebih kurang RM80,000 ini adalah kerana juri tertarik dengan slogan penyertaannya yang berbunyi "Keriangan Keluarga".
Kepada sesiapa yang berminat dengan EXORA yang ditawarkan dalam 5 warna pilihan - silver, hitam, blue haze, coklat dan gaia blue ini, boleh mula membuat tempahan seawal Sabtu, 21 Feb 2009.
Nota Kaki: aku bermonolog ketika nama MPV ini diumumkan... barangkali nama EXORA adalah gabungan antara perkataan "EXOTIC + IXORA" yang jika diterjemahkan secara langsung membawa maksud sejenis bunga ixora yang amat luar biasa/unik. Adakah nama ini sengaja dipilih dengan bunyinya tiga suku kata agar ia mampu bersaing seangkatan dengan Innova, Avanza, Livina, Picasso, Estima, Serena, Odyssey dan lain-lain lagi? Emmm... lu fikiq la sendiri! (i'm sorryyy...)
0 comments:
Post a Comment