Wednesday, February 4, 2009

Rakaman Di Luar Lingkungan #5

Sayed Munawar, Pengacara DLL (kiri)
Prof Dato Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah MDI JPM (tengah)
Dato Badlisham Ghazali, Ketua Eksekutif MDEC (kanan)

Semalam (emmm... 1 pagi tadi) aku bersempatan menonton siaran ulangan Di Luar Lingkungan siri ke-5 yang dikeudarakan secara langsung pada 2 Feb 2009 itu. Dengan bantuan alat teknologi yang seadanya, aku merakamkan siaran tersebut dengan menggunakan 2 unit kamera digital. Tapi sayangnya, video tersebut tak dapat dilampirkan di laman ini atas masalah teknikal. Walau apapun, jika anda ingin menonton rakaman tersebut, jemputlah ke laman sesawang RTM.

Aku menerima pelbagai reaksi daripada rakan dan saudara mara yang menonton sebelum ini. Pendek kata, komen yang cukup memberangsangkan dan menyuntik semangat untuk aku terus buat yang lebih baik. Jika diberi peluang, sesungguhnya aku ingin muncul lagi di DLL atau mana-mana program yang sewaktu dengannya.

0 comments: