Monday, June 15, 2009

5220 kepada 5800

Upgrade
Setelah lebih tiga bulan aku menggunakan handphone Nokia 5220 XpressMusic yang dibeli dengan harga RM0.85 masa acara Digi yang lalu, kini dengan rasminya aku meng'upgrade'kan XpressMusic aku kepada model 5800.

Posing
Nokia dengan murah hati telah menghadiahkan aku handphone Nokia 5800 XpressMusic atas ketidakmaluan aku membuat posing maut masa pelancaran Nokia N97 baru-baru ini.

Phantom
Pemenang tempat pertama berjaya mendapat Nokia E66 dan dua orang pemenang tempat kedua dan ketiga memenangi Nokia 5800 XpressMusic. Sebenarnya, pada mulanya aku sendiri tidak tahu bakal hadiah yang dimenangi semasa mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan itu. Tajuan aku mengambil bahagian pun sekadar suka-suka. Ia berbaloi nampaknya setelah wajah yang handsome ini diconteng ala Phantom of the Opera.

eRing
Sebelum guna 5800 tu, aku telah membelek majalah eRing #48 keluaran April 2009 yang lalu. Banyak info yang aku dapat; daripada spesifikasi, fungsi, keunggulan, keupayaan hinggalah kepada harga masa pelancaran vs second hand.

Walaupun dah tukar handphone baru, aku tak macam telatah Ah Beng seperti senario di bawah.

Ah Beng Joke
Ah Beng bought a new mobile phone. He sent a SMS to everyone from his new phone and said, "My mobile number has changed. Earlier it was Nokia 5220. Now it is 5800"

5 comments:

D'Rimba said...

Bagi saya boleh? Huhuhu.........

HarlymYeo said...

Boleh... saya bagi nomber ja.

Uthaya Sankar SB said...

Siut! Saya baru dapat Nokia 5220. Anak hadiahkan sempena Hari Bapa.

Uthaya Sankar SB said...

Ops! Pembetulan. Hadiah Hari Bapa yang saya terima rupa-rupanya adalah Nokia 5800. Nampak sangat saya "buta" telefon.

HarlymYeo said...

Uthaya. Nampaknya samalah handphone kita. Jadi boleh bertukar lagu bila kita bersua nanti.