Saturday, December 12, 2009

Workshop Affiliate Pantas & Praktikal

Bersama 57 peserta yang berminat dalam dunia internet yang lain, kami menimba ilmu affiliate daripada seorang IM (internet marketer) otai yang berusia muda di Workshop Affiliate Pantas & Praktikal yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak sepanjang hari ini.

Workshop Affiliate ini dikenali sebagai Pantas & Praktikal kerana ia sesungguhnya satu bengkel hands-on yang ditunjukkan caranya dengan langkah-demi-langkah untuk menyertai program affiliate. Asalkan seseorang peserta itu memiliki laptop dan bersambung dengan talian internet, tentu sekali pembelajaran lebih menyeronokkan kerana kesan dapat dilihat secara live dan tepat. Walau apapun, disebabkan kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pengetahuan IT, kadang-kadang aku sendiri dapati ada langkah yang diajar agak lambat bahkan ada kalanya tercepat sedikit. Bagaimanapun, tenaga pengajar yang berusia 23 tahun iaitu, Mawardee kelihatan cukup bersabar ketika memberi penerangan. Malah sehingga bengkel tamat pun, masih ramai peserta yang seolah-olah enggan meninggalkan dewan kuliah kerana ingin bertanya soalan dengan lebih lanjut. Barangkali soalan yang lebih berbentuk peribadi. Ini termasuk aku sendiri yang menunjukkan manuskrip eBook Rahsia Publisiti Percuma bagi mendapat pandangan beliau. Tuan Mawardee yang masih lagi menuntut di IPTA terbabit mengakui berminat untuk menghasilkan buku bagi tujuan jualan tetapi niat yang bertahun-tahun itu tertunda ekoran kekangan masa.


Sebelum ini dalam bengkel terbabit, sebagai kesimpulan apa yang kami pelajari boleh dirumuskan kepada empat bahagian iaitu Apa, Bagaimana, Di Mana dan Tip.

APA
1. Asas istilah-istilah dalam dunia internet seperti nama domain, hosting, bandwith, backlink dan program affiliate.
2. Sistem yang perlu dimiliki seperti sistem pemasaran e-mel yang berkesan di aweber.com dan getresponse.com, sistem hosting yang menjimatkan di NetKL.com, sistem pengurusan laman web/blog

BAGAIMANA
1. Bagaimana program affiliate berfungsi
2. Bagaimana menjadi seorang rakan niaga dalam progam affliate
3. Bagaimana komisen dibayar dan cara mengelak ia dicuri daripada orang lain

DI MANA
1. Di mana program affiliate hebat boleh diperolehi dalam alam maya
2. Di mana perisian percuma dan berbayar boleh diperolehi

TIP
1. Tip promosi program affiliate
2. Tip menyorok link affiliate yang disertai ke dalam blog kita
3. Tip menghantar artikel kepada laman antarabangsa
4. Tip membina sqeezepage dengan cara mudah

Dengan subjek yang dipersembahkan tersebut di atas dalam tempoh pembelajaran yang hampir sembilan jam (9 pagi hingga 6 petang) termasuk praktikal, makan dan rehat, aku beranggapan ia tidak mencukupi bagi mereka yang betul-betul ingin menyiapkan laman web/blog pada masa itu juga. Oleh yang demikian, penganjur yang memahami situasi tersebut akan menghantar DVD rakaman workshop tersebut kepada semua peserta (tak sabar aku untuk menerimanya). Pendek kata pelaburan RM90 sangat berbaloi kecuali bagi mereka yang enggan melaksanakannya!

2 comments:

Unknown said...

Ya, memang petang tu saya terpaksa lajukan sikit, sebab masa agak suntuk. Harap semua peserta dapat belajar dan praktik je formula saya bagi tu, selepas workshop pulak.

Anonymous said...

Memang Workshop Affiliate Pantas ni sesuai kepada beginner macam saya. Terus buat. Tak perlu lagi nak tangguh-tangguh. Kira macam hands-on training. Thank you Mawardee.
Lagi Gambar Workshop http://www.facebook.com/album.php?aid=17497&id=1670773134