
Itulah yang terjadi di sebalik kelahiran satu minisite yang mahu dikenali sebagai RahsiaPublisiti.com ini.
Pada awal perancangan, ia sepatutnya berada di alam maya pada 12.12.2009 (cantik tarikh itu). Dan sekali gus sedia menawarkan eBook Rahsia Publisiti Percuma untuk dimuat turun secara percuma kepada pembaca khususnya mereka yang berkecimpung dalam perniagaan, pemasaran, perhubungan awam, keusahawanan atau para pelajar kolej yang berkaitan.
Tetapi disebabkan pelbagai rintangan dan aral yang melintang, akhirnya ia berjaya disiapkan sebulan kemudian. Itu pun dalam keadaaan yang serba kekurangan dan pada awalnya tidak lari daripada masalah teknikal. Ramai yang memberi reaksi spontan eBook yang dimuat turun mempunyai masalah kerosakan fail. Maknanya fail PDF yang dimuat turun tak dapat dibaca langusng. Saiz asal, 2.41MB. Apabila sudah dimuat turun, saiznya menjadi 1.4MB dan gagal dibuka.
Alamak, apa yang boleh aku lakukan? Web master aku sedang bercuti kerana isteri bersalin. Tak kan aku tak berhati perut nak mohon dia abaikan keluarga dan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah teknikal ini? Oh, tidak! Tetapi, minisite aku juga penting kerana aku sedang melaksanakan hebahan secara berperingkat kepada pihak media dan sahabat taulan. Walaupun pada dasarnya, ia belum dirasmikan lagi. Kerana aku memilih tarikh 18.01.2010 untuk dirasmikan kepada khalayak umum. (Kenapa 18.01.2010? Apa signifikan tarikh ini? Nanti cerita kemudian.)

Beliau yang aku maksudkan ialah seorang yang kukenali di satu bengkel internet dan kami berkawan menerui Facebook. Empunya nama ialah Mohamad Radzi Md Rejab yang mengendali beberapa blog, antara lain ialah http://iberwang.com.my.
Entri ini aku dedikasi untuk beliau kerana harga persahabatan dan ilmu yang disalurkan tidak ternilai. Bukan setakat minum teh secawan sahaja Radzi!
3 comments:
Sekadar membantu sesama sahabat... "sharing is caring" walaupun tidaklah begitu pandai C-Panel. Tapi membuktikan yang kita boleh belajar melalui FB!
Terima kasih banyak2. Jika tidak, pasti ramai yang akan mendapat damage file dan saya harus tangani satu persatu. Apatah lagi dengan promosi pra-pelancaran yang sedang dilakukan di akhbar dan radio. Tanpa bantuan tuan, tentu mengecewakan ramai subscriber :D
Tahniah...
Setuju-Sharing is caring :)
Jom lawat blog saya. Dunia & Motivasi
http://zoelhilmi.blogspot.com
Post a Comment