Thursday, May 1, 2008

Cuti Sakit....


Sejak duamenjak ni kesihatan diri sering membuat aku kurang produktif, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Asyik rasa lemah semacam je. Biasalah... orang dah berusia. Gitulah gamaknya....

Dalam bulan ni aje dah 3 hari ambil cuti sakit! Pada 18 hingga 19 April hari tu, aku mencutikan diri daripada rutin kerja. Cuma terbabit dalam aktiviti ringan-ringan je. Pada 28 April baru-baru ni, aku terpaksa cuti daripada kerja lagi kerana buat blood test kat klinik dan jumpa pakar ENT kat Selangor Medical Centre (SMC) [dalam sehari jumpa dua doktor... sebab malam sebelumnya tatkala tengah tidur, aku sesak nafas. Khabarnya aku bernafas bunyi macam lembu]. Ubat dari SMC memang power. Biasalah... bayaran untuk ubat tu pun power juga! RM260 beb! Kesian poket aku. Tapi kesihatan punya pasal, tak berani ambil risiko. Nanti ada apa-apa yang tak kena, siapa yang susah. Keluarga yang paling kusayangi yang parah.

Oh ya... semalam result blood test dah keluar. Malam ni nak jumpa doktor untuk penjelasan daripada doktor. Harap-harap tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Kalau tidak, nampaknya kenalah buat sesuatu... barangkali menambahkan premium insuran!

0 comments: