Kerusingan terjawab sudah. Blood test dah diketahui. Malam tadi aku tak bersempatan jumpa doktor kerana orang terlalu ramai kat klinik. Aku cuma datang pada pagi 1 Mei sempena cuti hari pekerja.
Selain daripada menjadi orang pertama melangkahkan kaki ke dalam klinik seawal jam 9 pagi tadi, aku bersiap sedia lagi dengan alat MP3 untuk 'curi' rakam perbualan dengan doktor. Manalah tahu ada part yang tak faham, boleh ulang dengar kat rumah nanti. Dengan rasa penuh bertanggungjawab aku meneliti setiap ayat dan penjelasan doktor. Walaupun aku tak faham terma-terma kedoktoran ni. Setelah lebih 20 minit mendengar penjelasan doktor... yang paling aku ingati ialah... 'darah you normal. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan'.
Sebagai sambutan merayakan kegembiraan pagi itu, aku balun 4 bungkus (kebiasaannya aku kontrol setakat 2 bungkus je)... aku ulangi sekali lagi... EMPAT BUNGKUS nasi lemak daun pisang dekat rumah aku!
Friday, May 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Balun 4 bungkus nasi lemak?
Mak datuuukkkk!Itulah namanya mentekedarah!Heheh!
Emph emph emph.... Dahsyat tu! Tak hengat badan dah mula naik lemak sepuluh kilo.... Ni balas dendam ke.... mentekedarah?! Hampeh je diet.... He he he he....
Aih. Sampai empat bungkus?
Terima kasih kerana singgah di bl;og saya.
Saya pun kena cek darah secara regular di PPUM. Setakat ini Syukurlah tidak ada masalah, tapi makan dah banyak sekat.
Daging merah kalau ada pun sebuilan sekali atau dua kali kalau cara kebetulan ada tetamu bersama. Bukan macam dulu lamb chop dua tiga kali seminggu - favorit dan sedap sangat.
Kini hari-hari ini yang banyak masuk ialah buah-buah dan sayur-sayur, sedikit nasi dan makan tak sampai kenyang.
Hanya yang masih kurang bersenam... .
Post a Comment