Semalam yang sepatutnya aku menghadiri beberapa acara, tetapi tidak dapat menghadiri kerana masalah kesihatan. Badan rasa tak selesa. Sakit semacam. Sebenarnya sejak Ahad lagi aku kurang bertenaga, tapi aku kuatkan semangat sehinggalah semalam, yang betul-betul terpaksa aku akur dengan badan yang semakin 'session' ni. Kalau tak, mesti hari ni lebih teruk lagi!
Semalam aku betul-betul berehat di rumah. Makan ubat. Minum banyak-banyak dan tidur cukup-cukup. Mujur hari ni dah boleh pergi kerja. Malah habis kerja, siap boleh ke Pesta Buku lagi. Aku sempat juga rembat beberapa majalah dari DBP, Berita Publishing dan Utasan Karya.
Bagaimana pula dengan hal-ehwal keesokan (Jumaat) harinya?
Berkemungkinan besar aku akan ke acara anjuran Hotlink di ofis mereka jam 2:30ptg dan Digi di 1U jam 3:00ptg. Tapi agak mustahil untuk pergi kedua-dua acara jika jarak lokasinya begitu jauh sekali. Emmmm... tengoklah. Kita manusia hanya sekadar merancang.....
Friday, April 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment