Tuesday, May 20, 2008

Blogging – Pengerat Hubungan


Sejak kebelangan ini banyak pihak yang cenderung kepada isu blog. Aku pun tak terkecuali memeriahkan dunia blogging. Entri pertama bermula sekitar November tahun lepas. Kira masih muda teruna.

Matlamat

Matlamat aku menceburi blogging adalah sekadar untuk catatan peribadi di samping mempertajamkan kemahiran menulis sekali gus menjadikan ia sebagai medan berkomunikasi dan berinteraksi dengan sahabat handai. Tak lebih daripada itu. Tapi jika melalui blogging, dapat menjana pendapatan, kira bagus tu!

Kaedah dan Faedah

Semasa bersembang dengan rakan taulan, ada yang bertanya perkara berkaitan blogging. Keadah dan faedahnya. Bagi aku, kaedahnya cukup mudah. Malah bagi aku yang cetek IT ni pun mampu lakukan, aku kira ia tidak menjadi masalah dan penghalang untuk sesiapa sahaja menceburi dunia blogging ni. Asalkan mempunyai asas pengendalian e-mail, blogging tentunya tidak menjadi masalah langsung.

Manakala, untuk menceritakan faedahnya, tentunya setiap individu mempunyai pendapat masing-masing. Bagi aku, ia memberi satu kepuasan apabila satu-satu cerita berjaya diterbitkan (publish) dan dibaca oleh khalayak pembaca tertentu (sama ada yang kita kenali atau pun tidak). Malah, ia menjadi daya pendorong jika pembaca blog aku meninggalkan komen. Terima kasih kepada semua tidak kira siapa dan di mana anda berada.

Sebagai hadiah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena blogging, dapatkan senaskhah e-Book berbahasa Inggeris berjudul "Blogging for Dummies" ini secara percuma di sini. Buku ini juga boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM60.00 senaskhah di toko buku utama.


Dapatkan e-Book "Blogging for Dummies" ini secara percuma dengan menghantar SMS seperti berikut:


bstarz <> bs <> hy <> blog <> NAMA ANDA <> ALAMAT EMEL ANDA


hantar ke 32300.


1 comments:

Soul-of-YaZz said...

Sokong pendapat yang sama..
Blogging hanya utk kepuasan..