Setelah lebih dua minggu pure water dispenser Philips yang kumenangi menjadi milikku, tetapi ia masih belum digunakan. Bukannya apa... aku masih mencari masa dan ruang waktu yang sesuai bagi menetapkan masa pemasangan. Pada masa yang sama, aku masih kena beli air RO di mesin air yang berharga RM0.70 untuk 5.5L tu.
Setelah membaca (untuk kesekian kalinya) artikel dalam Mingguan Malaysia hari ni pasal keunikan dispenser ini , aku rasa kenalah mempercepatkan pemasangan dispenser ini.
[Petikan artikel Mingguan Malaysia (oleh Mohammad Yasir Jaafar), 19 Mei 2008]
Pure Water Dispenser Philips
Hasilkan air berkualiti, selamat
AIR merupakan keperluan yang amat penting kepada semua hidupan di atas permukaan bumi ini.
Manusia terutamanya, perlu minum air sekurang-kurangnya dua liter dan 3.7 liter bagi individu yang aktif bagi memastikan proses gantian air tidak terganggu.
Ini dapat dibuktikan dengan keupayaan badan manusia yang mampu bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan, tetapi hanya beberapa hari sahaja sekiranya tidak mendapat bekalan air.
Dalam pada itu, begitu banyak perbelanjaan telah dikeluarkan dengan tujuan memproses air menjadi bersih agar dapat disalurkan kepada umum bagi kegunaan harian.
Tidak dinafikan, isi rumah turut berhabis ribuan ringgit dalam membeli perkakas penapis yang bertujuan menyingkirkan bakteria dan bahan kimia yang terkandung dalam air.
Ini adalah kerana semakin ramai yang sedar akan kepentingan pengambilan air yang bersih bagi menjaga kesihatan.
Justeru, Royal Philips Electronics (Philips) pemimpin global serta pengeluar produk penjagaan kesihatan, lampu dan gaya hidup pengguna mengumumkan penghasilan penuras air pintarnya, Pure Water Dispenser.
Produk keluaran Philips itu dikatakan berupaya merawat serta menghakis air daripada ancaman bakteria dan bahan kimia yang mampu memudaratkan kesihatan seseorang.
Lebih menarik, penuras air berteknologi inovatif itu dilengkapi dengan ciri-ciri pintar yang mudah pengguna sekali gus mudah untuk dikendalikan termasuk kanak-kanak.
Menerusi penciptaan lampu sinar ultraungu (UV) yang berteraskan teknologi UV (PL-S), ia berfungsi menghapuskan virus, bakteria, parasit dan ameba dalam kandungan air.
Dikatakan sinar bias UV itu menyamai kuasa sinar matahari dalam usaha membunuh segala mikro organisma yang terkandung dalam air.
Kaedah merawat air menggunakan teknologi tersebut telah terbukti berkesan dan penggunaanya sangat popular di Kanada, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Korea, Norway dan Finland.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan penapis ‘dwituras’ yang dibina melalui penuras mendapan karbon.
Dua penuras
Penggabungan dua penuras itu bertindak menapis air daripada keruh, klorin, bahan kimia organik mudah ruap selain menambah baik rasa air.
Menurut Pengarah Organisasi Jualan Gaya Hidup Pengguna Philips, Eddie Ong, masyarakat semakin menyedari keperluan memilih produk yang berupaya membantu untuk menjaga kesihatan dengan berkesan.
“Menerusi Philips Pure Water Dispenser, ia membolehkan isi rumah menikmati air yang bersih untuk diminum sekali gus melindungi kesihatan pengguna,” ujarnya.
Sebagai tambahan, alat tersebut dilengkapkan dengan ciri-ciri pintar yang memudahkan penggunaanya serta membekalkan air yang berkualiti.
Antaranya, ciri Pure Protect Alert, ia bertindak memberi amaran kepada pengguna agar menukar penapis selepas menyalurkan 2,700 liter air.
Dan sekiranya pengguna masih tidak menukarkan penapis setelah beroperasi sehingga 3,000 liter, secara automatik ia akan menghentikan operasi sehingga penapis ditukar dan ini merupakan ciri pintar Pure Protect Lock.
Penerapan ciri tersebut adalah bagi menjamin kualiti air yang dihasilkan dan selamat untuk diminum oleh pengguna.
Penapis tersebut juga sangat muda untuk digantikan, hanya dengan mencondong serta memusingkan penapis itu, ia sudah boleh diganti oleh pengguna sendiri tanpa perlu memanggil juruteknik untuk menggantikannya.
Manakala, penampilan ciri pintar ‘IntelliFill’ pula memastikan air simpanan sentiasa berada pada tahap cukup dalam memastikan air yang sudah ditapis mencukupi untuk digunakan seisi rumah.
Di samping itu, alat penuras itu juga hadir dengan ciri Power Save yang membantu pengguna menjimatkan penggunaan elektrik.
Fungsi tersebut memastikan lampu UV dipadamkan sekiranya alat tersebut tidak digunakan dalam tempoh 10 minit.
Kini, Philips Pure Water Dispenser itu sudah boleh didapati di pasaran tempatan yang hadir dengan dua model iaitu WP3892 dan WP3890.
Harga runcit yang ditawarkan bagi WP3892 itu adalah pada RM1,499 bagi semenanjung Malaysia dan RM1,599 bagi Sabah dan Sarawak.
Sementara bagi WP3890 pula ia boleh didapatkan pada harga RM1,299 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,399 bagi kawasan Sabah Sarawak.
Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.philips.com.
0 comments:
Post a Comment