Tuesday, May 27, 2008

Majalah SEDAP dalam Pasaran


Apabila kutatap majalah SEDAP, hati puas ku berkata, "berbaloi penantian ku selama ini. Tapi perjuangan baru bermula... banyak lagi cabaran yang mendatang dan sedang menanti di hadapan."

Bagaimana peritnya tatkala proses pra-penerbitan, hanya ku sendiri yang tahu. Makan masa bukan berbulan beb, tapi bertahun lamanya! Bagai kata pepatah; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, alang-alang kuseluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Biarpun tapak tangan melecur, kutabahkan semangat, kutingkatkan keringat, kupanjatkan doa agar dimurahkan rezeki dikurniakan rahmat.

Justeru itu, bila kali pertama menatap wajah terbitan ini, aku lebih beriltizam untuk melipatgandakan lagi usaha. Semoga diberkati hendaknya.

1 comments:

mastikus said...

uik sedap betul nama majalah ni. SEDAP! makan masa berbulan2??? tak pelah..nama pun majalah sedap. memang kena makan. :)..tahniah tahniah!