Sunday, June 29, 2008

Acara SohoKL yang 'Mesra Media'



Pagi Sabtu 28 Jun, seawal 11:15 pagi aku dah berada di soft launch Soho KL, Mont Kiara. Apa yang unik Soho KL ini ialah konsep yang ditonjolkan. Bukan setakat keunikan reka bentuk luaran yang ala kepala kapal, tetapi konsep pusat F&B ini yang menawarkan seni, makanan dan hiburan di bawah satu bumbung.

Jadi selepas breakfast, aku awal-awal lagi tiba ke Soho KL agar tidak terlepas aktiviti-aktiviti yang disediakan sepertimana dalam siaran iklan di The Star Metro (26 Jun) dan kad jemputan.


PROGRAMME IN BRIEF

11 : 00 am
Media Registration
Media Tour

12 : 00 pm
Launch Gambit/ Activities For The Day
Treasure Hunt
Magicians & Clowns
Treasure Hunt
Tap Dancing
Art & Pottery
Singer Songwriter Performance
Tarot Card Reading
Celebrity Music DJs
Salsa
Flamenco
Stand up Comedians
Breakdance & Hip Hop
Indie Bands

12 : 00 am Free & Easy


Memandangkan ia merupakan aktiviti sepanjang hari, aku terpanggil mengajak rakan bukan daripada media untuk turut serta. Sekurang-kurang bolehlah kami lepak di tempat makan dan bersembang lepas tugas aku. Tetapi memandangkan kawan aku tak free jadi perancangan pertemuan aku tak jadi.

Sejurus selepas aku tiba di tapak soft launch setelah tiga kali berpusing-pusing mengelilingi Jalan Solaris sekitar SohoKL mencari tempat meletak kenderaan, aku diberitahu oleh pegawai agensi PR yang setiap daripada kami diberi satu 'Republic of SohoKL's Passposrt' untuk mendapatkan cop setelah menjamu selera dengan potongan harga istimewa (dengan bayaran daripada poket sendiri) di outlet di SohoKL. Setelah paspot diisi oleh kesemua 12 cop daripada 12 outlet, pemegang paspot berpeluang menyertai peraduan dan bakal memenangi 2 tiket percuma menaiki kapal Star Cruises dari Pelabuhan Klang ke Phuket. Part menjamu selera tak menjadi masalah bagi aku kerana ruang perut muat nak isi makanan atau minuman, tapi part kena bayar sendiri tu yang agak tak wajar. Aku datang (dengan minyak kereta sendiri, tol sendiri dan parking sendiri) kerana menerima undangan soft launch sebuah pusat F&B, tapi dikehendaki memBAYAR sendiri makanan atau minuman yang ditawarkan (walau pun diberi tiga cop percuma sebagai galakan pendahuluan). Aku musykil, barangkali tersilap acara... ingatkan acara media-PR, rupanya acara sales-marketing pula! Kena guna duit sendiri untuk uji-makan. Free voucher? Jangan harap! Adalah beberapa voucher yang pendek kata kena belanja dulu baru boleh pakai. Mungkin ini merupakan salah satu keadah baru pelancaran yang aku sendiri tak pernah alami sebelum ini. Selain itu, selepas soft launch itu pada lebih kurang 12:45 petang, kami para jemputan media 'dihidangkan' dengan sebotol air minarel setiap seorang bersama ucapan bye2 oleh kakitangan SohoKL yang mesra media! Aduiii.... pelancaran yang amat 'mesraaaaa media'! Bukan setakat pulang dengan tangan kosong, perut pun kosong!

Team mesra media SohoKL daripada CEO, Kenn Yam (tengah) dan General Manager & Marketing Team.

0 comments: