Semalam member ofisku menunjukkan satu artikel bertajuk "Artis jelita dimadu?" dalam akhbar Harian Metro melalui sisipan RAP. Dia minta aku teka siapa yang wartawan (SS) maksudkan tu. Secara logik jika diprofilkan bayangan yang diberikan, memang sukar nak tersasar orang yang cuba dimaksudkan oleh SS tu. Artis jelita yang dimasudkan SS tu ada ciri-ciri berikut; cantik, popular, bergetah, penampilan hebat, guna pereka fesyen terkenal, suaminya tu bekas suami orang.... Jadi fikirlah sendiri siapa empunya badan. Tapi entri ini bukan bermotifkan gosip atau hiburan. Kalau nak gosip, pergilah ke forum yang membincangkan hal ini.
Secara jujurnya, setelah membaca cerita ini, aku rasa bersyukur... rasa insaf pun ada. Jika benar apa yang digosipkan oleh SS tu (kebiasaannya tiada angin pokok takkan bergoyang)... jika benar sepertimana kupernah terdengar perbualan rakan-rakan media di satu acara tu... jika benar artis itu yang dimaksudkan ialah emmm (lu fikiqlah sendiri)... maka aku benar-benar berasa amat bertuah. Bertuah dan bersyukar kerana dilahirkan dalam kesederhanaan. Bagiku, tiada kesempurnaan yang sempurna dalam erti kata sebenar. Jangan kita nak dengki dengan kejayaan atau kegemilangan orang lain yang sering diperlihatkannya, kerana tidak mustahil orang itu juga mempunyai kecacatan yang tidak pernah dikhabarkannya. Bersyukurnya aku dengan kehidupanku yang seadanya... mohon diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki senantiasa!
0 comments:
Post a Comment