Saturday, August 2, 2008

Microsoft Office RM99 di PC Fair

Seawal 9:30 pagi aku sudah berada di PC Fair, Kuala Lumpur Convention Centre (yang dibuka kepada orang ramai mulai jam 11 pagi) gara-gara nak dapatkan set original Microsoft Office dengan harga promosi RM99 (harga biasa RM200++?) yang dikhabarkan hanya ditawarkan sebanyak 100 unit sepanjang 3 hari PC Fair, 1 - 3 Ogos 2008.

Usaha yang berbaloi. Aku berjaya rembat set Microsoft Office Home & Student 2007 dengan harga RM99 ini. Walaupun agak kecewa kerana terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan set yang dijual kerana semasa membuat bayaran, set tersebut dikatakan belum tiba di dewan pameran. Pelik betul... dah tahu nak jual, kenapa tak dibawa ke dewan lebih awal? Inikah gimik promosi namanya??

0 comments: