Saturday, August 2, 2008

Minggu Teknologi Proton - Pertemuan Ku dengan Dr. SMS

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang memberi ucapannya ketika melancarkan Minggu Teknologi Proton di Kilang Perusahaan Proton di Seksyen 26 pada 2 Ogos 2008. Pameran ini dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai 2 petang 5 petang hari ini (2 Ogos) dan dari 9 pagi hingga 5 petang pada keesokan harinya.

Aku difahamkan banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Khabarnya ada aktiviti lawatan ke kilang untuk melihat sendiri bagaimana kereta nasional dihasilkan bermula dari proses mereka bentuk hinggalah kepada pengeluaran, demonstrasi drifting, pameran kelab kereta Proton, lawatan ke studio reka bentuk dan makmal komponen material hologram.

Turut boleh ditinjau ialah bilik realiti maya, makmal bunyi, makmal prototaip serta beraneka acara gaya karnival seperti memandu go-kart percuma, pertunjukan pemanduan oleh Pasukan R3 dan pertandingan kereta kawalan jauh. Selain itu, orang ramai juga berpeluang skodeng bayangan kenderaan MPV terbaru keluaran syarikat kereta nasional itu (yang dijadualkan berada di pasaran sekitar bulan Mac 2009). Aku tak minat sangat dengan hal-hal skodeng ni, baik aku posing dengan Lotus kuning yang berharga RM240,000 ini. Kenapa warna kuning? Sebab aku pun pakai baju kuning dan cuba perhatikan logo pada baju aku tu....

Majlis ini juga menyaksikan pelancaran kereta Proton yang ketiga juta sejak ia dikeluarkan hingga sekarang. [Opsss... baru 3 juta ke? Lebih sikit daripada 10% daripada penduduk di Malaysia.]

Pada majlis itu Proton juga menandatangani perjanjian dengan SAIPA Co., pengeluar automotif terkemuka dari Iran bagi tujuan kerjasama strategik dalam bidang R&D, pengeluaran enjin dan pembangunan model kereta. Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed (kiri) dan Presiden Saipa, Mehrdad Bazrpash (kanan), yang disaksikan oleh Pak Lah dan juga Duta Iran ke Malaysia, Mahdi Khandagh Abadi.

Selepas majlis di pentas utama pada hari ni, para tetamu dan media dipelawa untuk melihat secara dekat kereta Lotus tanpa pemandu (autonomous) yang dibangunkan Proton untuk tujuan R&D. Kereta ini bergerak di litar ala-ala kereta mainan kawalan jauh atau mungkin juga boleh disebut sebagai kereta magik atau kereta berhantu!

Tengah orang ramai sibuk menonton demonstrasi kereta berhantu, aku pula sibuk posing maut dengan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Beliau pasti berbangga dapat ambil gambar kenangan dengan aku. Ya lah... aku ni bukannya senang dia nak jumpa. Hehehe.... Satu persamaan yang ketara dapat kuungkapkan pada saat kami bertentangan mata. "Wow... smartnya mamat ni," demikian kata hati masing-masing. Tapi ada kekurangan sikit pada Datuk Dr. SMS ni, dia kurang gemuk dan kurang rendah, tak macam aku!



1 comments:

Aina said...

wah..seronoknye dapat jumpe Dr SMS...agaknye kalau die jumpe saye..
pasti fikiran kami masing2 berkata
"rupanya wujud manusia yang sebegini menarik!"

haha