Member-memberku bertanya sama ada aku menyambut X-mas. Oh ya... apa tidaknya. Semua perayaan yang ada cuti, mesti aku sambut.
Malah X-mas tahun ni sangat istimewa. Awal-awal lagi aku dah dapat hadiah. Dua hari sebelum Hari X-mas aku terima hadiah yang bernilai RM30. Pada pagi 24hb Disember, aku terima satu lagi yang nilainya tak dapat kukesan.
Hadiah-hadiah yang aku maksudkan ada kena mengena dengan kereta Cityku.
Pada pagi 23hd Disember hari tu, aku hampir terima ekzos kereta yang baru. Mujurlah poketku tak mengizinkan. Jadi aku korbankan RM30 untuk sambung ekzos kereta yang terputus. Nampaknya, aku kena terima hadiah x-mas dari diri sendiri!
Selepas 24 jam pada hari berikutnya, satu lagi hadiah yang kuterima. Satu 'ciumam' daripada seorang gadis yang tak kukenali. 'Ciumam' Myvinya tepat terkena pada buntut keretaku. Mujur pada ketika itu, aku sedang berhenti bayar tol di Puchong. Kalau tidak, ada ciri-ciri tukar kereta baru lebih awal daripada yang dirancang. Ohhh... nampaknya aku terpaksa terima 'hadiah' yang tak dijangka walaupun segala bayaran pembaikian dibiayai oleh pemandu perempuan itu. Hampir rosak jadual harian ku pada hari tu angkara 'hadiah ciumam' itu.
Merry X-mas kepada diri sendiri dan awal-awal lagi aku tidur pada malam 24hb Disember kerana nak jumpa Santa Claus dalam mimpi!
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment