Wednesday, December 31, 2008

AJK 2009 PeKOMIK Bakal Gegarkan Arena Komik Tempatan

Sesungguhnya perkataan PeKOMIK tidak lagi asing bagi warga kerja komik tempatan, terutamanya pelukis komik atau pengilustrasi. Wajah-wajah ceria di dalam gambar di atas akan bakal menggegarkan lagi senario komik tempatan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan komik seperti yang dicadangkan pada 27 Disember 2008 di Mesyuarat Agong PeKOMIK 2008 yang diadakan di Plaza Sentral, Kuala Lumpur.

Dengan pimpinan dan kredibiliti presidennya, Muhd Azhar Abdullah (duduk baris kedua, tempat keempat dari kiri yang mengekalkan kerusi presidennya sejak tahun lepas) dan sokongan AJK 2009 yang baru dilantik ini (masing-masing tersengeh persis model iklan ubat gigi), nescaya lebih banyak program seperti yang pernah diadakan tahun ini akan dimantapkan dan diperbanyakkan lagi untuk tahun 2009 ini. Acara pameran, bengkel/seminar, talk, forum, tutorial/demonstrasi, dan yang sewaktu dengannya, akan dapat dimanfaatkan kepada orang ramai dan peminat seni komik tanah air khususnya.

Aku yang otai AKA dah season ni, sekadar mampu bagi semangat je lah. Apa pun, diharap Azhar dan team AJK 2009 ini akan lebih giat dan majulah sukan... opss.. majulah komik untuk negara!

0 comments: