Tuesday, February 3, 2009

Di Luar Dugaan Jadi Co-Host Di Luar Lingkungan

Menerima undangan Sayed Munawar untuk aku bersama-sama menjadi co-host bagi program bual bicara secara langsung DI LUAR LINGKUNGAN yang disiarkan menerusi TV1, 2 Feb 2009, 9:30 malam merupakan angpau atau hadiah sempena Tahun Baru Cina yang paling signifikan bagiku mulakan langkah gagah segagah tahun lembu ini.

Kepada rakan yang terlepas program ini, jangan lupa untuk ikuti siaran ulangannya pada 4 Feb, 12:30 - 1:30 pagi, menerusi TV1.

Selepas rancangan ini disiarkan, aku terima banyak rangsangan dan pandangan terhadap gaya aku mengacara segmen tersebut. Tentunya sekali komen-komen ikhlas itu menyuntik semangatku untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi cita rasa majoriti penonton. Nampaknya malam ini aku sendiri harus duduk di depan TV dan menilai sendiri prestasiku.

1 comments:

QasEh DaniA said...

controll.....controll...