Friday, March 6, 2009

Siapa Raja Lawak 3?


Malam ni akan bermula satu episod sejarah dalam dunia lawak tanah air apabila Raja Lawak ASTRO musim ke-3 diumumkan sekitar 11 malam nanti.

Jika tiada aral melintang, aku akan menjadi sebahagian daripada penonton yang melakar sejarah di studio yang akan merakamkan secara langsung dari Dewan Sivik, Petaling Jaya malam ni. Ia juga disiarkan menerusi ASTRO Prima 105 pada waktu yang sama.

Persoalannya, siapakah yang akan dinobotkan sebagai Raja Lawak ASTRO 3 nanti antara kumpulan Sepah, Amir dan Jihan ?

Sesiapa sahaja yang menang, ia bakal mengundang polemik. Jadi sebelum pemenang diumumkan, mari kita lihat sedikit sedutan pandangan dari pelbagai pihak terhadap persembahan para finalis Raja Lawak 3 tersebut.


Pandangan Terhadap Persembahan Kumpulan Sepah

"Kumpulan Raja Lawak Sepah memiliki ciri-ciri kumpulan lawak yang profesional. Kelebihan kumpulan ini adalah boleh bekerjasama dan pandai mengatur strategi. Dua watak keluar awal, dan satu watak sokongan akan keluar kemudian bagi membolehkan penonton lebih fokus. Format bijak ini digunakan oleh Kumpulan Raja Lawak Sepah dari minggu terawal hingga kini. ...Kumpulan Raja Lawak Sepah sememangnya sebuah kumpulan yang stabil dan tidak mengecewakan pada setiap minggu."

Amiene Rev, Blogger


Pandangan Terhadap Persembahan Amir

"I HATE this guy and to make things worse he's now at the top of viewer's votes. Watdehel?

Seriously, he's not even funny. He's annoying. He's a clown and clowns aren't funny, they're annoying and makes us laugh out of their stupidity. That's clearly explained him."

Nurul Aida Zulkafli, Blogger


Amir... tiada nilai komersial, malah banyak kali ditegur juri bahawa penyampaiannya kurang difahami penonton. Bagaimanapun setiap kali muncul di atas pentas, ada sesuatu yang menarik perhatian orang ramai untuk terus mengundinya.

Nizam Hamid, Penerbit Eksekutif Raja Lawak 3


Sungguh memalukan melihat Amir yang terkial-kial melontarkan ideanya yang tidak lucu, lawak yang tidak menjadi bersama loghat Kelantannya yang pekat sekali.

mStar Online



Pandangan Terhadap Persembahan Jihan

"Jihan bukan calang-calang memandangkan dia seorang wanita dan muncul sendirian. Itupun dia masih boleh kalahkan kami dan ramai peserta lelaki lain. Kalau kami jadi Jihan rasanya kami sendiri tidak mampu."

Sepah, Finalis Raja Lawak 3


Sumber foto: Murai.com.my

0 comments: