Tommy Nagashima, (kiri) Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Antarabangsa, Olympus Corporation, Japan dan Tan Tick Boon (kanan), Pengarah Urusan Olympus Malaysia, ditemani model-model jelita yang masing-masing menunjukkan kamera digital Olympus PEN E-p1.
OLYMPUS mencatatkan detik bersejarah hari ini dengan memperkenalkan model kamera digital terbaru keluaran mereka,
Olympus PEN E-P1.Model terkini ini menawarkan empat ciri tersendiri yang unik seperti berikut:
1) reka bentuk kompak
2) kualiti imej SLR
3) penggambaran HD/kreativiti
4) mudah dikendali
Apa pun, selepas pelancaran produk berkenaan, aku sendiri
test drive kamera ini dan mendapati teknologi kreatif enam penuras seni (
art filter) sungguh mengagumkan. Aku beranggapan fungsi ini merupakan teknologi artistik yang mampu memberi nilai tambah kepada pengguna.
Imej di atas dirakam dengan menggunakan kamera Olympus PEN E-P1 dengan mengaktifkan fungsi penuras soft focus yang memberikan satu permukaan lembut (ala gambar kahwin di studio) walaupun ia dirakamkan pada cahaya terang (selepas acara pelancaran di Kuala Lumpur petang tadi).

Imej di atas dirakamkan dengan fungsi
pin hole yang memberi kesan genap di penjuru foto sekali gus menimbul unsur-unsur mistik.

Selain daripada dua kesan di atas,
PEN E-P1 juga menawarkan fungsi
pop art, pale & light colour, light tone dan
grainy film (seperti yang di atas).

Seperkara yang membuat aku teruja tetapi tidak dititikberatkan semasa pelancaran adalah
Olympus PEN E-P1 ini buat kali pertamanya menyokong kad memori SD (atau SDHC) yang mana sebelum ini kebiasaannya kamera
Olympus lebih sinonim dengan kad memori jenis
xD.

Adakah penggunaan kad memori SD pada
PEN E-P1 adalah salah satu daripada strategi syarikat
Olympus untuk manarik lebih ramai pengguna daripada segmen pasaran pesaing yang sedia ada? Mampukan keunikan (yang tidak dihebahkan oleh
Olympus sendiri masa pelancaran tadi) ini menarik bakal pengguna di kalangan pengguna kamera digital yang menyokong kad SD?
Menurut Penolong Pengurus Besar
Olympus Malaysia, Encik Yong Kee Nyap, pengguna sasaran kamera digital
PEN E-P1 adalah terdiri daripada peminat fotografi yang ingin menjadikan kamera sampingan bagi urusan tidak rasmi seperti berkelah, majlis hari jadi dan seumpamanya.

"
PEN E-P1 didatangkan dengan reka bentuk yang kompak, kualiti imej yang premium dan stail yang anggun. Oleh itu, ia setimpal dengan posisi harga yang ditawarkan sekarang ini."
Walau bagaimanapun, aku beranggapan harga RM2,999 seunit yang didatangkan dengan lensa standard 14-42mm ini agak tinggi untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam arena seni fotografi, apa lagi pada kala kekusutan ekonomi kebelakangan ini.

Jadi persoalannya, mampukan keunikan yang ditawarkan oleh
Olympus PEN E-P1 tersebut menarik minat bakal pengguna sedia ada...? Tepuk dada tanya selera anda sendiri, jika anda ialah salah seorang daripada pengguna kamera digital yang menyokong kad SD atau pun anda sememangnya penggemar kamera digital
Olympus, adakah anda akan memilikinya? Bagi aku, fungsinya sesungguhnya hebat tetapi ia didatangkan dengan harga yang setaraf kehebatannya... jadi kena fikir berkali-kali!
Info lanjut
Olympus PEN E-P1 klik di sini.