Saturday, August 22, 2009

Berbuka Puasa dengan Pelakon Watie

Imej ini menggambarkan aku sedang menikmati juadah dengan pelakon Watie Sadali tatkala matahari hampir terbenam ke ufuk barat. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang melalui corong radio. Saat itu juga umat Islam yang berpuasa rata-ratanya sedang menjamu selera. Aku dan Watie sedang berborak sambil melayan jamuan yang lazat-lazat... sup tom yam campur, sup ekor, sayur kailan, telur mata kerbau dan yang wajib bagi aku ialah sambal belacan berulamkan timun.... Emm, sedap!

Ya... itu satu realiti. Aku sedang berbuka puasa dengan pelakon Watie! Tetapi realiti itu hanya berlaku dalam babak drama Nur Ar-Rahman yang dirakamkan untuk tayangan umum di TV2, 18 September, 12:30 tengah hari. Khabarnya sudut rakaman babak ini dan hasil seninya sangat memuaskan. Apa pun, sila tonton dan nilailah sendiri.

5 comments:

Ismail Talib said...

Komen Santai -

Teh Ais tak sesuai untuk lakonan.

Baju Berkolar lebih sesuai untuk Adegan ini.

HarlymYeo said...

Nurmer442 > Terima kasih atas komen santai anda. Utk pengetahuan, itu bukan teh ais. Itu Nescafe panas. Saya x leh minum teh. Hehehe...

Kenapa saya pakai baju tak berkolar utk adegan ini? Ia bersebab. Kena tengok drama ini baru tahu apa sebabnya.

Ismail Talib said...

Secangkir jawapan yang memungkinkan fitnah dan sebab mengapa minum macam pasangan bercinta?

HarlymYeo said...

Number442 > ia seolah2 adegan pasangan bercinta, tapi sesungguhnya dlm hati Rahim Lee, hanya dia dan Maha Esa yg lebih mengetahui hal yang sebenar.

D'Rimba said...

Bertemu jua akhirnya kita di UIA dalam bengkel penulisan puisi Cikgu Shamsudin Othman.