Dalam pertemuan yang serba ringkas di pejabatnya di Brickfields itu, aku bersempatan bertemu konco2 Zunar. Antara lain ialah Jonos, Ronasina dan Enot yang turut terlibat dalam pembikinan majalah jenaka alternatif, Gedung Kartun. Tentu sekali, selain daripada kami bersembang pasal topik pemasaran & promosi kartun, aku juga amat berminat mendapat cerita daripada empunya badan berkaitan insiden rampasan majalah Gedung Kartun seperti yang dilaporkan di media maya baru-baru ini.
Aku mula mengenali Zunar secara dekat semasa zaman kegemilangan majalah Gila-Gila suatu ketika dulu melalui kartunnya berjudul Gebang-Gebang, Ofis Korner dan Liza - Cinta Tak Semestinya Bersatu. Sepanjang bekerja dengan Zunar pada sekitar tahun 1996-97 di majalah Rileks dulu, dia yang aku kenali ini, amat kreatif dan sering memberi idea yang ringkas tapi tajam & bernas.
Gedung Kartun turut memuatkan puisi berbisa A. Samad Said yang berjudul Peludah Bahasa, di samping artikel tulisan Pyanhabib berkenaan PPSMI, dan cerpen karya Nazri M. Annuar.
Semasa di pejabat Zunar, kelihatan kakitangan produksi sedang sibuk dalam persiapan untuk isu yang kedua. Apapun, dalam keluaran pertamanya, yang paling aku minat ialah karya Jonos berjudul Dol Kerepek pasal One Malaysia. Manakala karya empat halaman yang berjudul Siapa Bunuh Beng Hock oleh Dol Kerepek, aku menjangka ia bakal mengundang kontroversi dan provokasi. Aku doakan kalian kuatkan semangat dan banyak bersabar!
1 comments:
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana hadir dan memberi sokongan kepada produksi kecil kami yang baru bermula.
Kita sering bertemu di program Pekomik tapi jarang berbual.
Semoga sukses dalam kerjaya & dunia lakonan yang bari diceburi.
Post a Comment