Bersempena Pesta Buku Selangor, petang Sabtu 26 Julai 2008 jam 5:00 petang bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam, aku telah menyaksikan satu upacara pelancaran Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia Rudra Avatara karya Uthaya Sankar SB [karyawan Kavyan dan juga sahabat sastera yang kukenali ketika bekerja di The One Academy dulu. Dalam gambar di atas].
Pelancaran serba ringkas dan simbolik ini telah disempurnakan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said (Penasihat Agung Kavyan). Di samping Pak Samad, terdapat beberapa tokoh politik VIP yang juga turut sama. Aku yakin, Uthaya pasti bangga dengan pelancaran buku tersebut.
Melalui buku cenderamata Pesta Buku Selangor, aku difahamkan Pak Samad juga dijadualkan akan menghadiri satu lagu acara anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) iaitu Baca Puisi Rindu Ibu pada 1 Ogos 2008 , 2:45 petang hingga 5:00 petang.
Kumpulan Cerpen Rudra Avatara menyajikan sebelas buah cerpen yang pernah tersiar dalam pelbagai media cetak sejak lebih sepuluh tahun lalu. Seperti biasa, kesemua cerpen ini sesuai dibaca oleh mana-mana individu yang mahu supaya fikirannya dicabar melalui unsur intertekstual dan makna yang tersirat di sebalik makna tersurat.
Judul : Rudra Avatara
ISBN : 983-40562-4-9
Tarikh : 5 Julai 2008
Kategori : Cerpen Umum
Pengarang : Uthaya Sankar SB
Penerbit : Uthaya Sankar SB (40562)
Halaman : 120 halaman (tidak termasuk prelim)
Kandungan : Sila klik DI SINI
1 comments:
Saudra Harlym, terima kasih atas tindakan pantas memasukkan entri berkaitan majlis pelancaran itu. Amat dihargai.
Selepas membaca Rudra Avatara, jangan lupa mengirim komen berupa pandangan ikhlas.
Post a Comment