Wednesday, February 18, 2009

Hari yang Penat

Dalam kekalutan dek rutin kerja dan material deadline yang begitu ketat, aku berjaya menyelitkan diri dalam dua acara pelancaran pada paginya.

Di acara PANASONIC, aku turut menyaksikan mereka melancarkan 10 unit kamera digital dan 10 unit camcorder. Aku sempat juga merakamkan detik pelancaran (gambar di atas) dengan menggunakan kamera PANASONIC LUMIX FX 38 aku kerana lensa 25mm wide angel nya walau pada jarak yang dekat. Cuma sayangnya aku tak berkesempatan nak mengikuti keseluruhan acara itu kerana terpaksa bergegas ke satu lagi acara yang tidak kurang pentingnya, iaitu pelancaran kedai ACER di Mid Valley. Walau bagaimana pun, pada awalnya lagi aku dah uruskan seorang rakan setugas berada di setiap lokasi agar tugasan dapat dilaksanakan di kedua-dua acara.

Sesampai di acara ACER, mujur aku masih berkesempatan mengabdikan beberapa rakaman untuk kegunaan penerbitan majalah kelak.

Yang penting pada hari ini adalah yang dikejar dapat, yang dikendong tak keciciran... malah petangnya sempat aku menghadiri satu lagi pertemuan dengan pelanggan di Jalan Ipoh. Tapi yang kurang syoknya perjalanan dari Jalan Ipoh ke rumah amat memenatkan. Bagi memulihkan tenaga, aku terpaksa melelapkan mata sejenak kat stesen petrol sebelah lebuhraya. Sesampai di rumah, mujur masih sempat menyaksikan program TV kegemaran, CSI Las Vegas new session di AXN.

1 comments:

Singh said...

Wonderpost Sir really awesome
read our post for
Customized iphone 6 plus Mobile Cover