Monday, April 13, 2009

Mencari 'Ketenangan'

AKU mencatatkan entri ini ketika sedang bercuti. Bercuti sakan mencari 'ketenangan'. Apakah sudah tiada 'ketenangan' lagi selama ini, sehingga aku terpaksa mengambil cuti kerja yang panjang untuk mencari 'ketenangan'? Oh, tidak! Sesungguhnya 'mencari ketenangan' hanyalah satu jawapan yang lebih selamat dan mudah ketika ramai kenalan yang bertanya ke mana ku pergi sepanjang percutian ini, yang mana jawapan ini khususnya kepada mereka yang aku enggan mendedahkan realiti sebenar dan pada masa yang sama tidak mahu menipu mereka secara terang-terangan. Barangkali jika jawapan sebenar diberi, ia tidak mustahil bakal mengundang lebih banyak persoalan dan kemusyiklan yang akan memudaratkan kedua-dua belah pihak.

Tetapi apakah yang aku maksudkan dengan 'ketenangan'?

Definisi 'ketenangan' bagi aku adalah apabila kita dapat mencapai sesuatu keinginan yang selama ini kita idamkan, sekali gus mengelakkan sesuatu yang kita enggan berlaku pada diri sendiri.

Sepanjang dua minggu ini, atau lebih spesifik lagi 13 hingga 23hb April 2009, aku berada di Taiping dan Ipoh, Perak untuk mendapatkan 'ketenangan' yang aku maksudkan. Dan 'ketenangan' ini kulihat ia bakal memberi kepuasan dan mengurangkan beban yang kuhadapi dalam hidup. Semoga dalam pencarian 'ketenangan', ia tidak pula mengundang masalah di tempat kerja tanpa ku di pejabat... maklumlah cuti panjang.

4 comments:

D'Rimba said...

Salam deklamator, sila lawat ke blog saya juga ya. Bila lagi ada pertandingan deklamasi macam Exxon-Mobil Utusan buat masa 2003 ni? Saya masih menunggu dengan penuh kecewanya........

D'Rimba said...

Saya amat bangga dengan saudara memartabtkan bahasa Melayu dalam blog ini terima kasih tidak terhingga....

HarlymYeo said...

Terima kasih kerana melawati blog yang tak seberapa ini. Bagi saya, jika bukan kita pengguna bahasa memartabatkan bahasa kebangsaan kita, siapa lagi? Tak kan nak tunggu bila bahasa dah pupus baru nak menyesal. Jika tak keberatan, kunjungi lah satu lagi blog yang sedang saya kendali di http://nur-ar-rahman.blogspot.com

gedek! said...

Bro... kenapa ketenangan kau ada tanduk? ( ' ' )