Saturday, August 8, 2009

Resipi Majalah SEDAP Sambut Aidilfitri

Bagi umat Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan bagi menjalankan kewajipan berpuasa bagi yang akil baligh dan sihat. Masih tinggal kurang dua minggu lagi umat Islam akan berpuasa. Tetapi, di majalah SEDAP, keluaran terkini yang baru hari ini memasuki pasaran memaparkan tema Aidilfitri. Advance tu!

Isu lepas memaparkan resipi-resipi sempena bulan Ramadhan. Jadi isu kali ini, bilangan #15 menghidangkan sajian istimewa bagi persediaan Aidilfitri pula.

Secara kasar, majalah SEDAP kali ini menyediakan hampir 90 jenis resipi untuk dicuba. Hampir 40 sajian dianggap sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa sempena Aidilfitri. Sesungguhnya wajib dicuba kepada mereka yang ingin mencari sedikit kelainan bagi menjamu selera para tetamu tatkala raya nanti. Dengan variasi masakan yang digandingkan dengan ketupat dan tanpa ketupat, aneka kuih lazat, minuman segar dan puding lembut... satu kombinasi menu yang pasti menambat selera dan mempesonakan para tetamu dengan kelainan yang tuan rumah sediakan.

Satu lagi yang istimewanya keluaran kali ini... harga yang ditawarkan tetap RM5.50, seperti keluaran-keluaran sebelum ini. Berlainan sekali dengan lambakan majalah lain dalam pasaran yang mengambil kesempatan hari berperistiwa untuk meningkatkan harga, meskipun kandungannya turut ditambah.

Oh ya... bagi mereka yang masih mencari-cari resipi atau eBook pasal resipi, anda dialu-alu menjadi ahli di grup Resipi SEDAP di Facebook. Ada banyak tip dan eBook PERCUMA dikongsi di kalangan ahli grup.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sekadar membuat kunjungan balas.Semoga saudara terus aktif dan kreatif.

Salam sekali lagi, seikhlasnya.

HarlymYeo said...

Saya pula yang terkedu kali ni... tak sangka ada insan popular cam Adi Alhadi kunjungi blog saya! Nampaknya tak sia2 saya lawat saudara hampir dua purnama yang lalu. Kalau semua manusia di dunia berblog... rasanya program TV Jejak Kasih tak kan wujud!