Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa
buat semua lelaki yang bergelar bapa
terutamanya bapaku.

Kepada bapaku yang kugelar papa
Meskipun dikau tidak bisa membaca coretan di alam maya ini
Namun pasti dikau ketahui
Kaulah sumber ilhamku
Kaulah mentorku
Kaulah idolaku
Kaulah ikon hatiku
...yang tiada tandingannya hingga ke akhir hayatku...

Tuesday, June 16, 2009

Mampukah Keunikan Olympus PEN E-P1 Menarik Pelanggan?

Tommy Nagashima, (kiri) Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Antarabangsa, Olympus Corporation, Japan dan Tan Tick Boon (kanan), Pengarah Urusan Olympus Malaysia, ditemani model-model jelita yang masing-masing menunjukkan kamera digital Olympus PEN E-p1.

OLYMPUS
mencatatkan detik bersejarah hari ini dengan memperkenalkan model kamera digital terbaru keluaran mereka, Olympus PEN E-P1.

Model terkini ini menawarkan empat ciri tersendiri yang unik seperti berikut:

1) reka bentuk kompak
2) kualiti imej SLR
3) penggambaran HD/kreativiti
4) mudah dikendali

Apa pun, selepas pelancaran produk berkenaan, aku sendiri test drive kamera ini dan mendapati teknologi kreatif enam penuras seni (art filter) sungguh mengagumkan. Aku beranggapan fungsi ini merupakan teknologi artistik yang mampu memberi nilai tambah kepada pengguna.

Imej di atas dirakam dengan menggunakan kamera Olympus PEN E-P1 dengan mengaktifkan fungsi penuras soft focus yang memberikan satu permukaan lembut (ala gambar kahwin di studio) walaupun ia dirakamkan pada cahaya terang (selepas acara pelancaran di Kuala Lumpur petang tadi).

Imej di atas dirakamkan dengan fungsi pin hole yang memberi kesan genap di penjuru foto sekali gus menimbul unsur-unsur mistik.

Selain daripada dua kesan di atas, PEN E-P1 juga menawarkan fungsi pop art, pale & light colour, light tone dan grainy film (seperti yang di atas).

Seperkara yang membuat aku teruja tetapi tidak dititikberatkan semasa pelancaran adalah Olympus PEN E-P1 ini buat kali pertamanya menyokong kad memori SD (atau SDHC) yang mana sebelum ini kebiasaannya kamera Olympus lebih sinonim dengan kad memori jenis xD.

Adakah penggunaan kad memori SD pada PEN E-P1 adalah salah satu daripada strategi syarikat Olympus untuk manarik lebih ramai pengguna daripada segmen pasaran pesaing yang sedia ada? Mampukan keunikan (yang tidak dihebahkan oleh Olympus sendiri masa pelancaran tadi) ini menarik bakal pengguna di kalangan pengguna kamera digital yang menyokong kad SD?

Menurut Penolong Pengurus Besar Olympus Malaysia, Encik Yong Kee Nyap, pengguna sasaran kamera digital PEN E-P1 adalah terdiri daripada peminat fotografi yang ingin menjadikan kamera sampingan bagi urusan tidak rasmi seperti berkelah, majlis hari jadi dan seumpamanya.

"PEN E-P1 didatangkan dengan reka bentuk yang kompak, kualiti imej yang premium dan stail yang anggun. Oleh itu, ia setimpal dengan posisi harga yang ditawarkan sekarang ini."

Walau bagaimanapun, aku beranggapan harga RM2,999 seunit yang didatangkan dengan lensa standard 14-42mm ini agak tinggi untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam arena seni fotografi, apa lagi pada kala kekusutan ekonomi kebelakangan ini.

Jadi persoalannya, mampukan keunikan yang ditawarkan oleh Olympus PEN E-P1 tersebut menarik minat bakal pengguna sedia ada...? Tepuk dada tanya selera anda sendiri, jika anda ialah salah seorang daripada pengguna kamera digital yang menyokong kad SD atau pun anda sememangnya penggemar kamera digital Olympus, adakah anda akan memilikinya? Bagi aku, fungsinya sesungguhnya hebat tetapi ia didatangkan dengan harga yang setaraf kehebatannya... jadi kena fikir berkali-kali!

Info lanjut Olympus PEN E-P1 klik di sini.

Monday, June 15, 2009

5220 kepada 5800

Upgrade
Setelah lebih tiga bulan aku menggunakan handphone Nokia 5220 XpressMusic yang dibeli dengan harga RM0.85 masa acara Digi yang lalu, kini dengan rasminya aku meng'upgrade'kan XpressMusic aku kepada model 5800.

Posing
Nokia dengan murah hati telah menghadiahkan aku handphone Nokia 5800 XpressMusic atas ketidakmaluan aku membuat posing maut masa pelancaran Nokia N97 baru-baru ini.

Phantom
Pemenang tempat pertama berjaya mendapat Nokia E66 dan dua orang pemenang tempat kedua dan ketiga memenangi Nokia 5800 XpressMusic. Sebenarnya, pada mulanya aku sendiri tidak tahu bakal hadiah yang dimenangi semasa mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan itu. Tajuan aku mengambil bahagian pun sekadar suka-suka. Ia berbaloi nampaknya setelah wajah yang handsome ini diconteng ala Phantom of the Opera.

eRing
Sebelum guna 5800 tu, aku telah membelek majalah eRing #48 keluaran April 2009 yang lalu. Banyak info yang aku dapat; daripada spesifikasi, fungsi, keunggulan, keupayaan hinggalah kepada harga masa pelancaran vs second hand.

Walaupun dah tukar handphone baru, aku tak macam telatah Ah Beng seperti senario di bawah.

Ah Beng Joke
Ah Beng bought a new mobile phone. He sent a SMS to everyone from his new phone and said, "My mobile number has changed. Earlier it was Nokia 5220. Now it is 5800"

Cuti Hari Minggu

Semalam cuti hari minggu, ingatkan ada kesempatan untuk mengemas surat khabar lama yang dah bertimbun tak terurus di ruang makan. Tapi nampaknya tarikan daripada siaran televisyen menyaingi nawaitu mengemas rumah. Alahaiii... nampaknya aku terpaksa menunggu lagi lain hari yang sesuai untuk memprojekkan surat khabar lama itu. Mujurlah kekhusyukan aku melayan TV tak macam buaya dalam komik di atas.....

Saturday, June 13, 2009

Kembali Beraksi...

Maaf…
Maaf kerana sudah lama aku tak update blog yang tak seberapa ini.

Dua Bulan…
Ya! Secara spesifiknya, dah genap dua bulan aku tak berkarya di sini. Tak sangka, ramai yang bertanya khabar nak tahu ke mana aku menghilangkan diri. Sudah merajuk ke, dah sesat dalam pencarian ‘ketenangan’ ke, dan barangkali memacam tanggapan umum lagi atas ‘kesepian’ aku….


Kembali…
Sebab itu hari ni, setelah genap dua purnama jari tidak menari di keyboard mencoret catatan peribadi di laman ini, maka dengan rasminya mulai hari ini aku kembali beraksi.


Agenda…
Sebenarnya banyak agenda yang telah dan sedang aku galas sepanjang ‘kesepian’ ini. Antaranya


1) mengenali program jana duit dengan blog

2) menceburi bidang rangkaian

3) kembali di arena seni lakonan
4) mendalami ilmu blogging
5) mengurus hal peribadi
(sorry... yang ini tak ada pautan).

Taksub...
Mungkin kerana terlampau taksub atau teruja akan perkara-perkara yang di atas sehinggakan berlaku keterjauhan hubungan aku dengan laman ini… maaf sekali lagi kepada semua yang sedang membaca. Janji aku kepada kalian, aku akan kembali beraksi!

Monday, April 13, 2009

Mencari 'Ketenangan'

AKU mencatatkan entri ini ketika sedang bercuti. Bercuti sakan mencari 'ketenangan'. Apakah sudah tiada 'ketenangan' lagi selama ini, sehingga aku terpaksa mengambil cuti kerja yang panjang untuk mencari 'ketenangan'? Oh, tidak! Sesungguhnya 'mencari ketenangan' hanyalah satu jawapan yang lebih selamat dan mudah ketika ramai kenalan yang bertanya ke mana ku pergi sepanjang percutian ini, yang mana jawapan ini khususnya kepada mereka yang aku enggan mendedahkan realiti sebenar dan pada masa yang sama tidak mahu menipu mereka secara terang-terangan. Barangkali jika jawapan sebenar diberi, ia tidak mustahil bakal mengundang lebih banyak persoalan dan kemusyiklan yang akan memudaratkan kedua-dua belah pihak.

Tetapi apakah yang aku maksudkan dengan 'ketenangan'?

Definisi 'ketenangan' bagi aku adalah apabila kita dapat mencapai sesuatu keinginan yang selama ini kita idamkan, sekali gus mengelakkan sesuatu yang kita enggan berlaku pada diri sendiri.

Sepanjang dua minggu ini, atau lebih spesifik lagi 13 hingga 23hb April 2009, aku berada di Taiping dan Ipoh, Perak untuk mendapatkan 'ketenangan' yang aku maksudkan. Dan 'ketenangan' ini kulihat ia bakal memberi kepuasan dan mengurangkan beban yang kuhadapi dalam hidup. Semoga dalam pencarian 'ketenangan', ia tidak pula mengundang masalah di tempat kerja tanpa ku di pejabat... maklumlah cuti panjang.

Wednesday, April 1, 2009

Bukan Lawak April Fool… Blogging Pun Dapat RM5 – RM10 Ribu Sebulan

April Fool Graphics

TANGGAL1 April setiap tahun, kebiasaannya aku akan mencorak rutin harian dengan insiden berseloroh dan mengenakan rakan taulan.

Tapi lain pula tahun ini. Aku nak berkongsi testimoni kejayaan para blogger yang menjalankan rangkaian perniagaan internet melalui komuniti blog di BlogStarz.my. Ia seolah-olah lawak April Fool kerana tanpa pengalaman atau pengetahuan IT, mereka berjaya mengaut pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan!

Florentina Usuw George, 25, dari Sungai Petani, Kedah, mencatat pendapatan lumayan berjumlah RM8,000 sejak menjadi blogger di BlogStarz.my pada awal Disember 2008, secara separuh masa.

Hairpuddin Mohamad, 39, yang masih mentah dalam perniagaan internet mampu meraih pendapatan RM42,000 melalui rangkaian rakan niaga dan blogger lain.

Nora Azalina Ibrahim, 37, dari Temerloh, Pahang, berjaya memperoleh pendapatan RM32,000 dengan bermodalkan RM693 pada mula pembabitan beliau dalam perniagaan di BlogStarz.my.

Rahimah Mohd Nordin, 62, dari Kajang, Selangor, berjaya mencatat pendapatan mencecah RM3,000 secara sambilan, hanya melalui rangkaian rakan niaga seramai enam ahli di bawah beliau.

Zamzul Hisham, 35, dari Kulim, Kedah, berjaya mencatat pendapatan berjumlah RM35,000, menerusi jaringan kumpulan yang berpusat di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Setelah meneliti resipi kejayaan mereka, aku yakin mereka memiliki ciri-ciri berikut:
1) Mempunyai matlamat yang jelas
2) Sedia menimba ilmu
3) Membina rangkaian perniagaan
4) Bertindak cepat dan tepat
5) Yakin dan komited

Barangkali ada yang menganggap ini hanya gurauan April Fool atau igauan siang hari. Apapun, baca cerita selanjutnya di www.HarlymYeo.my dan lu fikiq la sendiri!